Home »
» PAS Perak seru ahli ke Sambutan 60 Tahun Masjid Tinggi, Bagan Serai
PAS Perak seru ahli ke Sambutan 60 Tahun Masjid Tinggi, Bagan Serai
Written By canang on Jumaat, 28 Oktober 2011 | 10/28/2011 01:05:00 PTG
IPOH, 28 Okt: PAS Perak menyeru semua ahli di negeri ini turun ke program Sambutan 60 Tahun PAS Peringkat negeri yang akan diadakan esok hingga 30 Oktober di Masjid Tinggi, Bagan Serai.
Timbalan Pesuruhjayanya, Ustaz Misbahul Munir berkata, program itu amat penting untuk menyuntik semangat ahli untuk menawan kembali Perak pada PRU-13 nanti.
“Saya sebagai pengarah program menyeru semua ahli di seluruh negeri Perak supaya turun ke program ini bagi memeriahkan lagi sambutan yang julung-julung kalinya diadakan ini,” tegasnya.
Sambutan akan dihadiri oleh pimpinan utama termasuklah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, timbalannya, Mohamad Sabu, dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pelbagai program yang akan diadakan diadakan seperti Konvensyen Negara Berkebajikan, wacana kemerdekaan, gerai jualan, pameran sejarah, sukan Pasti dan sukan rakyat, pertandingan pidato, persembahan kesenian rakyat dan banyak lagi.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan