Home » » PM puji HIMPUN teratur tidak seperti BERSIH 2.0

PM puji HIMPUN teratur tidak seperti BERSIH 2.0

Written By canang on Ahad, 23 Oktober 2011 | 10/23/2011 08:09:00 PTG

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini memuji penganjur perhimpunan anti murtad HIMPUN semalam yang dijalankan secara teratur.

Katanya, HIMPUN cukup berbeza dengan BERSIH 2.0 yang menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya di negara ini pada 9 Julai sehingga lebih seribu perserta ditangkap dan dikenakan pelbagai dakwaan.

"Itulah apa yang saya maksudkan apabila saya tawarkan stadium untuk BERSIH 2.0 berhimpun," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis penghargaan kepada polis-polis veteran di Kuala Lumpur petang ini.

"Berbanding dengan huru-hara pada BERSIH 2.0 denagn perhimpunan semalam, terdapat perbezaan yang besar. Tiada siapa yang diganggu,tertekan atau merasa tidak selamat akibat perhimpunan itu."

Menurut Najib, HIMPUN mencerminkan usaha dalam agenda pembaharuannya bagi meminda Seksyen 27 Akta Polis untuk membenarkan lebih banyak ruang untuk demonstrasi aman.

Share this article :

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

komen bodoh drp seorang PM sebab dia anggap semua rakyat Malaysia boleh diperbodohkan .....

Unknown berkata...

Himpun tu kira gagal, sebab itulah jib puji. lagipun pembangkang tidak ada. kalau pembangkang ada dalam Himpun, tentu nada najib lain. dia tengok Himpun tu lebih kepada perjuangan sderpihan UBN maka jib pun pujilah. Sebenarnya antara Himpun dan Bersih, Bersih 2.0 jauh lebih hebat dan berjaya, jib kalah sebab dia tawarkan stadium merdeka secara main-main, bukan serius.

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger