Home »
» TRANSFORMASI GLC YG GAGAL,LAMA KELAMAAN RAKYAT TIADA APA LAGI UTK DI BANGGAKAN
TRANSFORMASI GLC YG GAGAL,LAMA KELAMAAN RAKYAT TIADA APA LAGI UTK DI BANGGAKAN
Written By canang on Selasa, 11 Oktober 2011 | 10/11/2011 03:19:00 PTG
TRANSFORMASI GLC YG GAGAL,LAMA KELAMAAN RAKYAT TIADA APA LAGI UTK DI BANGGAKAN,SEMUANYA TELAH BERTUKAR BIN.....INILAH HARGA YG RAKYAT PERLU BAYAR ATAS SEBAB MENGUNDI UMNO/BN...DARI ITU PRU13 NANTI BANTULAH KAMI MENGUNDI PAKATAN RAKYAT:PERSOALAN YG DI TIMBULKAN DI SINI ADALAH
Adakah pertukaran ini menguntungkan rakyat?asset negara bertukar BIN?apa akan jadi jika 1 penggal lagi UMNO/BN menerajui negara?adakah habis semua asset2 negara di serahkan kepada pihak ketiga?transformasi jenis apakah ini?
Inilah yg di katakan transformasi melingkupkan negara yg akhirnya RAKYAT yg miskin bertambah miskin dan yg kaya bertambah kaya.
Penglibatan aktif Tony Fernandez dalam urusan pertukaran tersebut dan pencadang-pencadang beliau di dalam lembaga pengurusan MAS menimbulkan pertikaian konflik kepentingan memandangkan kedudukan beliau yang bersifat ‘bukan-eksekutif’. Ini jelas merupakan pencabulan ke atas peraturan tadbirurus korporat dan seharusnya tidak dibiarkan berlaku.
Apa yang lebih penting, perjanjian ini menimbulkan persoalan tentang apakah nasib Program Transformasi GLC yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Najib Razak dengan publisiti luarbiasa dan pembaziran jutaan ringgit wang rakyat. Dan adakah kerajaan secara khusus mengakui bahawa kononnya kejayaan pemulihan MAS adalah sesuatu yang sia-sia? Perdana Menteri mesti bertanggungjawab kerana telah mengelirukan rakyat berkaitan isu ini.
Perjanjian ini juga turut membangkitkan isu asas iaitu ketelusan kerana kerahsiaan di sebaliknya. Dalam hal ini, Suruhanjaya Sekuriti mesti menyiasat akan kemungkinan berlakunya kepincangan termasuk urusniaga dalaman saham-saham kedua-dua entiti.
Di khuatiri perjanjian ini akan menguntungkan pihak minoriti dengan mengorbankan kepentingan pihak majoriti iaitu kakitangan MAS yang telah memberikan perkhidmatan kepada syarikat penerbangan kebangsaan dengan penuh dedikasi dan kesetiaan meski pun dinafikan ganjaran bonus selama beberapa tahun.
Oleh: Wally Bandits
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan