Tumbangnya BN dalam pilihan raya akan datang terletak di tangan anak-anak muda facebook, twitter dan blogger.Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata anak-anak muda sekarang ini maklumatnya hanya dihujung jari.
Malah katanya, 80 pera tus golongan tersebut telah menolak hujah Umno dan BN kerana mereka men dapat maklumat first hand.
“Anak-anak muda sekarang ini maklumat di hujung jari. Jangan lupa generasi baru sekarang generasi facebook, generasi twitter, gene rasi bloggers dan generasi internet.
“Mereka ini mendapat maklumat first hand dan 80 peratus golongan ini telah menolak hujah Umno dan Barisan Nasional.
ìIngat golongan anak muda facebook inilah yang menggulingkan kerajaan Hosni Mubarak dan anak muda inilah yang akan mengguling kerajaan Umno-BN dalam pilihan raya akan datang,” tegasnya.
Menurutnya, Umno-BN melakukan pelbagai cara fitnah terutama melalui media Utusan Malaysia bagi memenangi hati rakyat.
Bahkan katanya, Umno dan BN berkempen seolah-olah ala tahun 60-an dengan menggunakan akhbar berkenaan.
Menurutnya, rakyat di negara ini terutama daripada kalangan kaum Cina dan India semakin kuat menolak kerajaan BN. “Rakyat telah berubah tetapi pemerintah belum lagi berubah. Dia masih berkempen ala tahun 60-an.
“Kajian yang dibuat orang Tionghoa 80 peratus tidak mengundi BN. Orang India sedang meningkat sokongan mereka kepada Pakatan Rakyat,” jelasnya.
Oleh itu kata Mohamad, kekuatan Umno-BN hanya kepada orang Melayu terutama yang berada di luar bandar.
Menurutnya, Umno-BN berusaha menambahkan sokongan orang Melayu terhadap parti itu dengan diputar-belit kenyataan pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat.
Ayoh anak muda bersama-sama kita tumbangkan Barisan Nasional pada PRU 13 akan datang.Pakatan Rakyat sekarang ini berada dilandasan yang betul didalam perjalanan menuju ke Putrajaya,InsyaAllah.TAKHBIRRR!!!!!!!!!!!!!!
Oleh: Nur Mujahidah
Home »
» Tumbangnya BN, terletak di tangan anak-anak muda facebook, twitter dan blogger
Tumbangnya BN, terletak di tangan anak-anak muda facebook, twitter dan blogger
Written By canang on Selasa, 11 Oktober 2011 | 10/11/2011 11:41:00 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan