KOTA KINABALU: Persembahan ghairah dan seksi 20 mak nyah yang menyertai pertunjukan fesyen ‘Pink Tiffany’ di sebuah pusat hiburan di sini, bertukar kelam-kabut apabila mereka diserbu anggota Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), malam kelmarin.
Dalam serbuan kira-kira jam 11.30 malam, 19 mak nyah yang memperagakan pakaian seksi dan mempamer aksi mengghairahkan dalam pertandingan itu ditahan manakala seorang lagi berjaya meloloskan diri.
Penolong Ketua Penguat Kuasa Agama JHEAINS, Khamis Jamil berkata, serbuan dilakukan selepas pihaknya melakukan pemantauan hampir tiga jam sebelum itu.
Menurutnya, sejurus diserbu keadaan di pusat hiburan menjadi kelam-kabut apabila mak nyah yang asyik membuat pertunjukan di atas pentas dan pengunjung bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri.
“Hasil pemeriksaan, didapati 14 daripada mak nyah yang ditahan beragama Islam dan bakinya bukan. Mereka yang berusia 20-an kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu untuk diambil keterangan, selain dikehendaki menghadiri sesi kaunseling dikendalikan JHEAINS pada masa depan,” katanya ketika ditemui di lokasi serbuan
Home »
» 14 ‘jelitawan’ ditahan dengan aksi ghairah dan seksi
14 ‘jelitawan’ ditahan dengan aksi ghairah dan seksi
Written By canang on Jumaat, 25 November 2011 | 11/25/2011 08:00:00 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan