BANGI - Sebanyak 73.2 peratus daripada jumlah penuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) bersedia melaporkan kes rasuah, menurut Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abu Kassim Mohamed.
Beliau berkata, jumlah ini menunjukkan golongan penuntut adalah kalangan yang mudah menerima dan dibentuk sekiranya mereka mengetahui keadaan sebenar sesuatu situasi yang melibatkan rasuah.
Katanya, sebagai bakal pemimpin negara, para penuntut perlu dididik sejak dari awal supaya mereka tidak mudah terjerumus dengan gejala rasuah dan menanam tekad dalam diri untuk memerangi rasuah.
Peratus jumlah penuntut itu diperoleh hasil kajian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai keberkesanan Sekretariat Pencegahan Rasuah (SPR)yang diwujudkan di IPT. - Bernama
Home »
» 73.2% pelajar IPT sedia lapor kes rasuah
73.2% pelajar IPT sedia lapor kes rasuah
Written By canang on Ahad, 20 November 2011 | 11/20/2011 08:07:00 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan