Home » » Bersih 3.0 bukti pembangkang takut

Bersih 3.0 bukti pembangkang takut

Written By canang on Sabtu, 19 November 2011 | 11/19/2011 06:00:00 PTG


SHAH ALAM – Pemuda Umno, menyifatkan kenyataan Ketua Penerangan Pemuda Pas, Riduan Mohd Noor yang mahu mengadakan himpunan Bersih 3.0 sekiranya Parlimen dibubarkan sebelum Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) memulihkan sistem pilihan raya umum (PRU), membuktikan pembangkang takut.

Ketua Penerangannya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, Pemuda Pas tidak perlu mengadakan perhimpunan haram, sebaliknya bersama-sama bergabung tenaga dan menumpukan usaha pembangunan serta membela nasib rakyat.

“Ugutan mahu mengadakan Bersih 3.0 seolah-olah menggambarkan rasa gentar di mereka, memandangkan rakyat kini mula beralih arah dan menyokong kerajaan.

“Sikap tidak berani bertarung di medan sebenar ini, telah diduga malah mereka juga tiada modal untuk mengheret rakyat dan mahu menimbulkan suasana tegang,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau mengulas kenyataan Riduan semalam, bertegas mahu himpunan Bersih 3.0, jika Datuk Seri Najib Tun Razak membubarkan Parlimen sebelum PSC sempat menambahbaik PRU.

Reezal turut mengingatkan, keanggotaan PSC bukan hanya dibolot pemerintah, bahkan turut dianggotai wakil daripada pembangkang supaya setiap keputusan diputuskan dengan adil dan tidak membelakangkan mana-mana pihak.

“Sekiranya PSC masih tidak adil, mengapa mereka turut diberi peluang menganggotai PSC?

“Jika sistem pemerintahan kerajaan tidak demokratik, mengapa mereka berjaya menjajah empat buah negeri? Ini menggambarkan mereka sudah tiada modal,” katanya.

Reezal Merican ketika ditanya sama ada beliau yakin PRU diadakan sebaik sahaja PSC selesai mengemukakan revolusi, berkata, kuasa menentukan pilihan raya terletak pada perdana menteri.

“PRU adalah amanah yang akan berlaku bila-bila masa. Tumpuan penuh perlu diberikan untuk membela nasib rakyat kerana ramai kalangan mereka terhimpit dengan aspek di luar kawalan kita.

“Kami tidak pernah mendapat maklumat bila PRU akan diadakan, sebaliknya kami sentiasa diingatkan untuk terus bekerja keras membela nasib rakyat,” katanya
Share this article :

1 ulasan:

Nazaruddin si Hamba Allah berkata...

Aku orang Melayu.. tapi itu tak penting. Yang terpaling penting ialah aku orang ISLAM. Aku mohon kepada ALLAH SWT agar keISLAMan aku ni kekal hingga akhir hayat.

Aku bukan anti CINA, aku juga bukan anti INDIA, malahan aku juga tidak anti terhadap apa bangsa jua sekali pun di dunia ini sebab semuanya makhluk ciptaan ALLLAH.

Tapi aku cukup meluat dengan MAMAK KELING sekor ni! Tak sedar diri betul. Sebelum berjuang dan melaungkan slogan Asobiyyah HIDUP MELAYU, aku nasihatkan supaya MAMAK KELING ni berdiri depan cermin dalam seminit dua untuk merenung dan cermin diri sendiri. WOIIII!! Malulah sikit!

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger