Home » » Haram hina anak zina.Harussani

Haram hina anak zina.Harussani

Written By canang on Isnin, 21 November 2011 | 11/21/2011 08:00:00 PTG

SHAH ALAM - Masyarakat diseru tidak meminggirkan atau menghina anak tidak sah taraf kerana mereka perlu diberi ruang dan peluang untuk meneruskan kehidupan.

Malahan status dipikul bukanlah daripada kesalahan sendiri, sebaliknya akibat kesalahan kedua ibu bapanya.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, masyarakat hendaklah hormati mereka kerana mereka tidak salah, yang salah adalah kedua ibu bapanya.

“Sebagai manusia biasa, hukumnya haram menghina anak-anak itu. Yang perlu diajar ialah ibu bapa mereka disebabkan kesalahan terdahulu.

“Inilah menjadi masalah dalam masyarakat yang sering menimbulkan stigma apabila berhadapan dengan situasi ini. Menyalahkan orang tidak bersalah,” tegasnya kepada Sinar Harian baru-baru ini.

Beliau yang jelas kecewa dengan kejadian ini berkata, bagi mengulas mengenai pendaftaran 152,182 anak tidak sah taraf direkodkan Jabatan Pendaftaran Negara antara 2008 hingga 2010.

Beliau berkata, hukuman dikenakan kepada pelaku zina dilihat masih tidak serius sehingga langsung tiada rasa bersalah.

Menurutnya, kerajaan perlu mengambil langkah serius dalam membendung perkara ini.

“Jika hukuman sedia ada masih belum berjaya menakutkan mereka, kenakan hukuman yang lebih berat.

“Jangan biarkan sehingga budaya ini menular dan negara kita akan jadi seperti negara barat yang menjadikan seks luar nikah sebagai perkara biasa,” katanya.

Menurutnya, perkara ini hendaklah diberikan perhatian diperingkat pendidikan dengan menerapkan asas agama supaya ada penghayatan dalam kalangan remaja.

“Ibu bapa juga bertanggungjawab sekiranya anak mereka terlibat dalam kes ini,” katanya.

Beliau berkata, masyarakat perlu berbalik kepada budaya mengambil berat.

“Jangan disebabkan mereka melakukan perkara sumbang itu bukan daripada keluarga kita, kita tutup mata.

“Dalam Islam sendiri menitikberatkan budaya nasihat menasihati antara satu sama lain. Kita semua bersaudara, jadi, ia adalah kewajipan untuk nasihat menasihati antara satu sama lain,” katanya
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger