Home » » Noh Pandai Berpolitik Tapi Penuh Skandal,100 Pesawah Tuntut Noh Omar Letak Jawatan

Noh Pandai Berpolitik Tapi Penuh Skandal,100 Pesawah Tuntut Noh Omar Letak Jawatan

Written By canang on Rabu, 23 November 2011 | 11/23/2011 07:56:00 PTG

"Noh Omar memang seorang yang pandai berpolitik berbanding Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tetapi kementerian beliau penuh dengan skandal yang membabitkan penyelewengan dana untuk golongan petani.

"Tan Sri Khalid pula bukan seorang yang pandai berpolitik sebaliknya jujur dan pandai mentadbir negeri dengan memberikan khidmat terbaik kepada Rakyat Selangor," kata Setiausaha Politik, Menteri Besar Selangor, Faekah Husin.

Kenyataan Faekah tersebut ekoran kenyataan Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berhubung tindakan kerajaan negeri yang hanya akan membubarkan DUN Selangor sekiranya Pilihan Raya Umum dilakukan selepas Jun 2012.

Menurut Faekah,Noh gagal memahami prinsip utama pilihan raya dan amalan demokrasi.



"DUN Selangor mempunyai mandat sehingga Mac 2013 dan Kerajaan Pakatan mahu memaksimakan mandat yang diberikan rakyat agar Belanjawan 2012 dapat dimanfaatkan sekurang-kurangnya selama 6 bulan pada 2012. Justeru, YAB Dato Menteri Besar hanya mempertimbangkan pembubaran DUN selepas bun tahun depan." ujar beliau

Katanya jika Dewan Rakyat dibubarkan selepas Jun 2012, Selangor tiada masalah untuk menyertainya.

"Sukar sangatkah Noh memahami dua duduk perkara yang berbeza tersebut.

"Apa yang lebih penting ialah setidak-tidaknya Pakatan Rakyat Selangor mengamalkan prinsip keadilan dalam sistem demokrasi ketika menjadi pemerintah apabila dengan terbuka memaklumkan kepada rakyat dan semua parti politik akan kemungkinan tarikh pilihan raya negeri.

"Berbeza dengan Kerajaan Pusat yang masih mengamalkan demokrasi pengecut bilamana tarikh pilihan raya hanya berada didalam saku Perdana Menteri dan mungkin isteri serta peramal profesionalnya." jelas Faekah.

Hari ini lebih 100 petani dan pesawah di Skinchan mengadakan demontrasi menggesa Noh meletak jawatan ekoran laporan Ketua Audit Negara 2010 yang mendapati berlaku ketirisan wang RM110 juta oleh kementerian dibawah jagaan Noh.

Wang tersebut sepatutnya diberi kepada pesawah untuk skim peningkatan hasil padi.
KLIK SINI
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger