Home » » PERKASA: Ambiga 'dajal', mahu diambil tindakan

PERKASA: Ambiga 'dajal', mahu diambil tindakan

Written By canang on Rabu, 2 November 2011 | 11/02/2011 08:24:00 PTG

Melabelkan pengerusi BERSIH, Datuk S Ambiga sebagai 'dajal', Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) menuntut tindakan diambil terhadap Ambiga yang didakwanya "mempromosi ajaran terlarang dengan menggalakkan homoseksual".

Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi Ideris mendakwa, bekas presiden Majlis Peguam itu sedang membawa "agama baru" yang bergabung sama dengan hak asasi dan menggalak homoseksualiti.

Irwan mengulas program Seksualiti Merdeka yang akan dirasmikan oleh Ambiga pada 9 November ini.

"PERKASA menentang program ini kerana homoseksual adalah perbuatan terlarang dan pihak berkuasa perlu mengambil tindakan terhadap program ini.

"Rakyat perlu mengenali Islam sebagai agama rasmi persekutuan. PERKASA tidak mahu melihat aktiviti menghakis Islam dan agama lain.

"(Homoseksualiti) adalah juga dikutuk oleh agama lain. Maka polis dan pejabat peguam negara harus bertindak segera (terhadap Ambiga)

"Ratusan laporan polis telah dibuat terhadap Ambiga, tetapi tiada
tindakan diambil. Ia menunjukkan seolah-olah beliau kebal dan kami mahu hal ini dihentikan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan memorandum kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan membuat laporan polis di ibupejabat polis daerah Dang Wangi membantah program Seksualiti Merdeka.

Ketika dihubungi, Ambiga enggan mengulas
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger