Home » » Suami ganas

Suami ganas

Written By canang on Jumaat, 18 November 2011 | 11/18/2011 11:16:00 PTG

AMPANG: Gara-gara menegur sikap suaminya yang pulang lewat dalam keadaan mabuk, seorang wanita dibelasah di kediaman mereka di Kondominium Angsana Hilir, di sini semalam.

Dalam kejadian jam 4.30 pagi itu, wanita terbabit yang berusia 37 tahun menunggu kepulangan suaminya yang melepak bersama rakannya di sebuah restoran.

Menurut sumber, selepas beberapa jam menunggu, akhirnya lelaki itu pulang ke rumah dan mangsa yang melihat suaminya dalam keadaan mabuk hanya mampu mengeluh dan terus menasihati supaya membuang tabiat buruk itu.

“Berang dengan teguran itu yang cuba menghalang tabiatnya menyebabkan dia terus menghamburkan kata-kata kesat.

“Mangsa hanya mampu menenangkan suaminya dan menasihatkan supaya berubah demi masa depan keluarga, namun tidak dipedulikan malah terus dimarahi,” katanya.

Sumber berkata, geram mendengar nasihat mangsa, lelaki terbabit terus menarik rambut isterinya sebelum menghentak kepalanya ke dinding beberapa kali.

“Tidak cukup dengan itu, suami mangsa turut menolak muka isterinya itu ke atas meja makan menyebabkannya mengerang kesakitan.

“Selepas beberapa minit membelasah isterinya, suami mangsa yang kepenatan terus masuk ke dalam bilik dan membiarkan mangsa kesakitan,” katanya.

Sumber berkata, akibat kejadian itu, mangsa cedera di badan selain pecah bibir akibat menjadi mangsa amukan suaminya.

“Tidak tahan diperlakukan seperti haiwan, dia melarikan diri dan mendapatkan rawatan di klinik berhampiran.

“Mangsa kemudian ke Balai Polis Ampang untuk membuat laporan berhubung kejadian itu,” katanya
Share this article :

2 ulasan:

MeMohamad berkata...

dayusssssss sang suami.....

ahlee berkata...

Money... Money.... Money..."
CELAKA ORANG UMNO GUNA LAMPANG PAS PROTES AZIZAN RAZAK !!! kah..kahh..kahh


Nampaknya UMNO Kedah semakin melampau,menggunakan bendera PAS membantah KEZALIMAN Azizan Razak MERUNTUHKAN RUMAH ALLAH.[Clik]


Kah..kah..kah....


Kelihatan umat Islam yang terdiri dari pemimpin dan penyokong2 UMNO Kedah mengenakan pakaian ala PAS berkumpul membantah kezaliman Ostat Zan Sala.


Kah..kah...kahhhh





Dalam gambar diatas didapati mereka adalah terdiri dari penyokong2 tegar UMNO,dan bukan dari kalangan PAS seperti yang didakwa oleh Blog sahabat GMC Padijantan.


PAS Kedah perlu mengambil tindakkan tegas keatas UMNO Kedah kerana memfitnah PAS kononnya membantah KEZALIMAN Azizan Razak MERUNTUHKAN RUMAH ALLAH.


Kelihatan Datuk Mat Bashah,Man Aziz dan beberapa orang lagi pemimpin UMNO Kedah mengenakan pakaian ala PAS bagi mengelirukan Azizan Razak dan kuncu2nya.





Kah...kah...kahhh..
Posted by Aku,Pasbuih Dan Siamang at Saturday, November 19, 2011

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger