Home » » Vatican berang Pope dipersenda

Vatican berang Pope dipersenda

Written By canang on Jumaat, 18 November 2011 | 11/18/2011 07:53:00 PG


ROME: Vatican semalam mengeluarkan kecaman terhadap kempen global syarikat pakaian Benetton kerana turut memaparkan imej Pope Benedict XVI bercium dengan Imam Masjid al-Azhar, Sheikh Ahmed el-Tayyeb.

“Kita mesti menyatakan bantahan sekeras-kerasnya terhadap penggunaan melampau imej ketua paderi yang dimanipulasi dan dieksploit secara terbuka demi memenuhi kehendak kempen komersial,” kata kenyataan itu dibuat jurucakap Vatican, Federico Lombardi.


Menurut Lombardi, kempen komersial berkenaan menunjukkan rasa tidak hormat syarikat terbabit kepada pemimpin tertinggi Kristian serta menghina perasaan penganut agama itu.

Katanya, ia menunjukkan bagaimana sesuatu publisiti boleh dibuat secara provokatif tanpa menghormati orang lain yang menjadi peraturan asas demi menarik perhatian awam.


“Vatican mengkaji apa langkah sewajarnya perlu diambil bagi menjamin pembelaan adil terhadap imej Pope,” katanya.


Melalui iklan itu, Benedict dipaparkan berkucupan dengan Ahmed - seorang imam di Kaherah, Mesir, serta pemimpin Sunnah disegani.


Selain itu, Benetton juga menerbitkan imej lain yang turut memberi kejutan, membabitkan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, berkucupan dengan Presiden China, Hu Jintao.


Turut dimanipulasi, imej pemimpin Venezuela, Hugo Chavez.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, pula dipaparkan berkucupan dengan pemimpin Fatah Palestin, Mahmoud Abbas, manakala Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy, berpasangan dengan Canselor Jerman, Angela Merkel.


Imej bekas Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi, mengucup Angela ditarik di saat-saat akhir selepas bilionair kaki perempuan itu mengemukakan surat peletakan jawatan minggu lalu.


Poster itu adalah sebahagian daripada kempen pengiklanan Benetton berjudul UNHATE dan dipaparkan di kedai di seluruh dunia, media cetak dan Internet.


Sementara itu, Timbalan Pengerusi Benetton, Alessandro Benetton, berkata iklan itu adalah “provokasi membina” untuk mempromosi sikap toleransi.


“Kami memilih isu sosial dan aktif mempromosi isu kemanusiaan ke seluruh dunia,” katanya. - AFP
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger