Home »
» 11 gadis tukang urut
11 gadis tukang urut
Written By canang on Ahad, 4 Disember 2011 | 12/04/2011 12:00:00 PTG
PETALING JAYA – Usaha 11 gadis tukang urut warga asing yang mahu melarikan diri melalui pintu rahsia yang tembus ke bangunan bersebelahan gagal apabila taktik licik itu berjaya dihidu oleh anggota penguatkuasa MBPJ.
Dalam Operasi bersepadu Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bersama Cawangan kongsi gelap, perjudian dan maksiat (D7) IPD Petaling Jaya di sebuah pusat urut di Sunway Mentari semalam turut ditahan seorang lelaki berusia 30 tahun yang merupakan penjaga premis terbabit.
Tukang urut yang ditahan berusia 20 hingga 30 tahun terdiri daripada China (8),Vietnam (2) dan Filipina (1) dan pemeriksaan mendapati ke semua masuk ke nagara ini menggunakan pas lawatan sosial.
Dalam pada itu 14 pelanggan premis terbabit turut diperiksa selepas ditemui bersembunyi bersama tukang urut masing-masing.
Pusat yang turut dipercayai turut menawarkan khidmat seks dan urut badan ke badan itu sudah beroperasi sejak dua tahun yang lalu dengan berselindung disebalik lesen refleksologi.
Pengarah Penguatkuasa MBPJ Mohd Fauzi Maarop berkata operasi tersebut dijalan berdasarkan intipan yang dibuat oleh pihaknya selama ini.
Menurutnya operasi itu yang diketuai oleh Penolong Pegawai Penguatkuasa Hairi Ahmad sebelum ini gagal mengesan aktiviti tidak sihat yang berlaku berikutan premis terbabit licik menyembunyikan aktiviti mereka.
“Kali ini melalui pemeriksaan teliti, kita dapat mengesan tempat persembunyian mereka malah seluruh premis dan pintu utama masuknya sukar untuk dibuka menyebabkan anggota masuk melalui pintu belakang,”katanya.
Tindakan diambil dibawah Undang-undang kecil pusat kesihatan dan kecantikan MBPJ (2007)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan