Home » » Anwar jelajah semenanjung sebelum keputusan Liwat II

Anwar jelajah semenanjung sebelum keputusan Liwat II

Written By canang on Khamis, 29 Disember 2011 | 12/29/2011 02:05:00 PTG


Menjelang keputusan perbicaraan kes Liwat II pada 9 Jan, jadual ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim padat dengan acara ceramah.

Beliau akan menjelajah ke 18 lokasi utama di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Kelantan, Pulau Pinang, Selangor dan Kuala Lumpur untuk mengisi jadual tersebut.

Tempoh berkenaan, antara 3 hingga 8 Januari diisi sepenuhnya oleh Anwar untuk berceramah, termasuk di tiga perhimpunan besar pada malam terakhir di Lembah Kelang, sebelum mahkamah membuat keputusan pada Isnin.

Anwar dipetik AFP sebagai berkata, ramai yang mendoakan supaya beliau dibebaskan daripada tuduhan tersebut.

Beliau juga akan menggunakan peluang dalam siri ceramah berkenaan untuk menjelaskan bahawa beliau tidak bersalah.

Sekiranya didapati bersalah, bekas timbalan perdana menteri itu dijangka berdepan dengan hukuman penjara sedangkan pilihan raya umum dijangka akan dilangsungkan tidak lama lagi.

Walau "optimis" dengan peluangnya untuk dibebaskan, Anwar berkata beliau bersedia untuk menghadapi keadaan yang paling buruk
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger