KUALA LUMPUR: Peserta-peserta yang menyertai program realiti televisyen yang hanya mahukan pujian daripada barisan juri adalah dinasihatkan untuk tidak bertanding langsung.
Juri Maharaja Lawak Mega (MLM), Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan menegaskan, peserta-peserta tidak boleh selalu mengharapkan pujian daripada juri semata-mata untuk menyedapkan hati mereka atausyok sendiri sahaja.
Menurutnya, kritikan yang diberikan oleh beliau bersifat membina dan bertujuan untuk memperbetulkan kesilapan, justeru tidak timbul soal pilih kasih terhadap mana-mana peserta.
"Saya sedar bukan semua orang yang boleh menerima kritikan pedas terhadap persembahan peserta dalam program MLM baru-baru ini kerana setiap orang ada mentalitinya tersendiri.
Chef Wan bersama bekas pemain bola sepak negara, Zainal Abidin dan penyanyi Datuk Siti Nurhaliza menjadi juri tetap MLM.
"Tetapi saya tidak kisah bagaimana orang lain melihat saya. Kalau seseorang peserta memberikan persembahan yang baik, saya akan kata baik dan yang tidak baik saya kata tidak baik. Kita harus jujur dalam kritikan kita," ujarnya dalam Program Kerusi Panas Radio24 Bernama.
Namun, kata Chef Wan lagi, jika ada antara mereka yang tidak sukakan kritikannya sebagai juri, mereka boleh panggil orang lain untuk mengantikan tempatnya.
Dalam pada itu, Chef Wan turut melahirkan harapan agar peserta-peserta yang menyertai program realiti seperti MLM dapat menghasilkan lawak yang benar-benar berkualiti, mencuit hati danbukannya bersifat lawak bodoh yang boleh mengaibkan personaliti tertentu
Home »
» Chef Wan Dikritikan Pedas Peserta Maharaja Lawak Mega
Chef Wan Dikritikan Pedas Peserta Maharaja Lawak Mega
Written By canang on Khamis, 8 Disember 2011 | 12/08/2011 09:00:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan