Filem Ombak Biru arahan Osman Ali telah mendapat kutipan yang amat mengagumkan sebanyak RM4.5 Juta setelah ianya ditayangkan selama 5 hari.
Ianya disahkan sendiri oleh salah seorang pemegang watak utama filem tersebut iaitu Maya Karin. Bercakap kepada wartawan mengenai perkembangan tersebut, Maya ternyata teruja dan menjangkakan ianya bakal mendapat yang lebih baik selepas ini.
Beliau yang turut pernah memenangi Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia turut yakin filem ini mampu melonjak dengan jumlah kutipan yang lebih tinggi. Ianya satu perkembangan positif dalam meningkatkan kualiti dan mutu filem-filem tempatan.
Sebelum ini Pengarah Filem Ombak Biru Osman Ali telah memaklumkan jumlah kutipan pada hari pertama tayangan dipasarkan iaitu berjulah RM750 Ribu sekali gus dapat mengatasi hari pertama tayangan filem Blockbuster Hollywood, The Twilight Saga-Breaking Down Part 1 yang mula ditayangkan pada 18 November lalu.
Walaupun terdapat kontroversi di mana penulis Novel Ombak Biru tidak berpuas hati dengan persembahan filem terbabit, namun ianya bukan penghalang bagi Osman Ali untuk meneruskan tayangan malah menjadi peransang untuk terus berkarya.
Selain Maya Karin, filem ini turut membariskan lakonan mantap Aaron Aziz, Lisa Surihani, Azizah Mahzan,Bront Palare dan Tarantella Pictures (M) Sdn Bhd sebagai penerbit filem berkenaan.
Home »
» FILEM PALING HOT 2011 - OMBAK BIRU PENUH KONTROVERSI?
FILEM PALING HOT 2011 - OMBAK BIRU PENUH KONTROVERSI?
Written By canang on Rabu, 7 Disember 2011 | 12/07/2011 08:00:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan