KUALA LUMPUR: Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) meminta Pejabat Peguam Negara menamakan pihak yang bertanggungjawab menganjurkan perhimpunan Bersih 2.0 bagi membolehkan tindakan mahkamah diambil.
Presiden Ikhlas, Mohd Ridzuan Abdullah berkata, permohonan setebal 365 muka surat yang mengandungi semua laporan polis serta beberapa dokumen berkaitan dikemukakan kepada Peguam Negara pada 15 September lalu, namun sehingga kini tiada maklum balas diterima.
“Seramai 317 peniaga dan usahawan kecil terpaksa menanggung kerugian RM817,205 berikutan perniagaan mereka terjejas ketika perhimpunan Bersih, 9 Julai lalu.
“Sehubungan itu, mereka sepakat membawa perkara ini ke mahkamah kerana tidak sanggup menanggung kerugian,” katanya dalam satu sidang media di sini, semalam.
Tambahnya, Ikhlas menyediakan khidmat peguam percuma membela nasib peniaga dan usahawan kecil terbabit dan akan bertindak segera sebaik mendapat maklum balas dari pejabat Peguam Negara.
“Namun begitu, kita masih menunggu Peguam Negara memutuskan pihak bertanggungjawab itu sebelum mengambil tindakan,” katanya
Home »
» Ikhlas mahu saman Bersih
Ikhlas mahu saman Bersih
Written By canang on Ahad, 18 Disember 2011 | 12/18/2011 11:38:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan