Home »
» Internet Percuma Untuk Warga Kampung Di P. Pinang
Internet Percuma Untuk Warga Kampung Di P. Pinang
Written By canang on Selasa, 6 Disember 2011 | 12/06/2011 09:29:00 PG
BAYAN BARU: Inisiatif seorang wakil rakyat untuk memastikan kawasan yang diwakili dapat menikmati kemudahan sumber maklumat tercapai apabila berjaya menyumbang empat unit komputer dan kemudahan internet di kawasan beliau.
ADUN Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin telah melancarkan computer dan internet percuma di Kampung Jawa Bayan Baru baru-baru ini. Sim telah menderma 4 buah komputer dan memasang internet ke perpustakaan desa yang terletak di bangunan JKKK di Kampung Jawa, di sini.
Projek ini dipercayai julung-julung kali diusahakan oleh seorang ADUN kawasan. Jumlah yang terlibat adalah lebih kurang RM10,000.
Menurut beliau, empat lagi projek sedemikian akan dilancarkan dalam masa terdekat. Beliau telah Berjaya mendapat tajaan computer dan internet dari pihak swasta dan peruntukan Kerajaan Negeri.
"Apabila saya melawat kawasan, saya dapati ramai keluarga kurang kemampuan memilik komputer, apatah lagi internet. Ini menyebabkan jurang digital yang luas antara yang miskin dan kaya.
"Saya rasa perlu berbuat sesuatu untuk membantu kanak-kanak belajar komputer sejak awal lagi.Begitulah lahirnya konsep internet percuma ke kawasan desa melalui JKKK," kata beliau
Beliau juga berjaya mendapat tajaan internet dari TM Streamyx selama satu tahun.
Awal tahun ini, Sim bekerjasama dengan beberapa JKKK untuk mengutip buku lama dari kalangan orang ramai dan disalurkan kepada perpustakaan mini.
"Tabiat membaca amat penting kepada kanak-kanak. Saya mendapat manfaat yang besar kerana ditanam budaya membaca oleh ibu-bapa. Saya juga suka mengunjung perpustakaan semasa persekolahan. Saya harap sebarkan budaya membaca kepada kanak-kanak sekarang. Ini mendorong saya memberi peruntukan besar untuk menubuhkan perpustakaan mini." kata beliau lagi
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan