Benarlah kata-kata, sekali kita berbohong, kita akan terus berbohong untuk menutup pembohongan sebelumnya.
Jika kita meneliti laporan Utusan Meloya yang memetik kenyataan bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad berkenaan isu pinjaman Bank Dunia, tentunya tiada siapa yang mahu mengaku sudah berak di tengah jalan.
Dalam laporan dari The Malaysian Insider malam tadi, Mahathir dilaporkan berkata:
Dr M says took, but never sought, World Bank loans
Tun Dr Mahathir Mohamad said today that Malaysia has taken World Bank loans since 1958, but the former prime minister said he had never personally written a letter or verbally requested for such funds.
Writing on his blog today, Dr Mahathir also accused Datuk Seri Anwar Ibrahim — whom he had appointed finance minister and deputy prime minister — of implementing policies of the International Monetary Fund (IMF) to tighten conditions for bank loans and cutting government expenditure during the 1997 Asian Financial Crisis.
Manakala di Utusan Meloya pula, Mahathir menjelaskan:
Permohonan pinjaman ketika Anwar Menteri Kewangan
KUALA LUMPUR 20 Dis. - Tun Dr. Mahathir Mohamad (gambar) berkata, semua permohonan pinjaman yang diluluskan Bank Dunia kepada Malaysia pada tahun 1999 bukan dibuat oleh beliau, sebaliknya permohonan itu dibuat lebih awal iaitu pada 1997 ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim masih menjadi Menteri Kewangan.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, rundingan terakhir mengenai permohonan tersebut membabitkan tiga projek iaitu pinjaman untuk sektor pendidikan (AS$244 juta), sektor sosial (AS$60 juta) dan sektor teknikal (AS$100 juta) juga dibuat pada tahun 1997 (Anwar dipecat pada 1999).
Malah, beliau berkata, pinjaman AS$300 juta untuk program makanan, pendidikan tinggi serta mikro kredit yang ditandatangani pada Jun 1998 antara Bank Dunia dan Malaysia, beberapa bulan sebelum ringgit ditambat juga ketika Ketua Pembangkang itu masih lagi bergelar Menteri Kewangan.
Kenyataan yang berdolak-dalik dari seorang manusia yang kununnya bergelar "negarawan" pantas dipatahkan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat sejurus berita tersebut dikeluarkan sekitar jam 1020 malam tadi.
Antara yang membalas kenyataan Mahathir melalui laman mikroblog Twitter adalah Timbakan Presiden PKR, Azmin Ali.
Azmin menjawab kenyataan Mahathir seperti berikut lima jam lalu:
@AzminAli Saya dah kata hari tu Mahathir ni spesis mudah lupa. Mahathir kata dia tak minta pinjaman tapi Bank Dunia baik hati bagi kat dia. Haprak
Manakala, Naib Presiden PKR, N Surendran pula menempelak Mahathir dengan satu sindiran tajam:
@nsurendrann Mahathir says- 'I took world bank loans but did not request it'. That st is as stupid as Bill Clinton's- 'I smoked pot but did not inhale'
@nsurendrann Mahathir berkata- 'Saya ambil pinjaman Bank Dunia tapi tak memohonnya'. Samalah bodoh macam Bill Clinton [bekas Presiden US]- 'Saya bakar periuk tapi tak sedut asapnya'
Manakala Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli pula berkata:
@rafiziramli TunM kata dia x PERSONALLY request loan WB. KakJat pun blh kata dia x PERSONALLY beli kondo Orchard Scotts ;-). Belit jgn x belit ;-) #fb
Kini segalanya telah terbongkar, satu-persatu, tanpa Mahathir sedari pun
Home »
» Putar Belit Mahathir Terus Terbongkar
Putar Belit Mahathir Terus Terbongkar
Written By canang on Rabu, 21 Disember 2011 | 12/21/2011 10:00:00 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan