Home »
» UMNO/APCO SUDAH TUNGGANG-LANGGANG
UMNO/APCO SUDAH TUNGGANG-LANGGANG
Written By canang on Sabtu, 3 Disember 2011 | 12/03/2011 02:00:00 PTG
Bolehkah sesuatu yang buruk, busuk, dan salah menjadi indah,wangi, dan betul? Tentulah tidak walaupun ada usaha sehebat manapun untuk mengubahnya. Itulah yang berlaku dalam kes NFC dan hubungannya dengan Pergerakan Wanita UMNO/APCO. Pihak yang beriya-iya mempertahankan diri menyeringai ketawa apabila melihat orang-orang dibawahnya berjaya "dilembukan". Rupa-rupanya dia hanya syok sendiri. Kebanyakan yang menyokong dan riuh rendah macam murai tercabut ekor itu bukannya faham benar tentang isu NFC. Ada ramai dalam kalangan mereka tidak berani bersuara kerana takut kehilangan jawatan dalam parti. Inilah mentaliti Melayu songsang dalam UMNO/APCO. Langsung tidak ada wibawa.
Lalu kita pun mendengar soksek-soksek di belakang tirai. Ini pun mentaliti Melayu songsang dalam UMNO/APCO. Suka cakap di belakang. Kasihan orang Melayu lain yang tak ada kena-mengena. Seekor kerbau membawa lumpur, habis semua terpalit. Rupa-rupanya ada yang tak sebulu dengan Shahrizat. Mereka anggap dia ni sudah jadi liabiliti kepada UMNO/APCO kerana kes itu. Di pihak jantan pun dah mula tembak-menembak. Mereka pun kata jangan tumbuhkan kontroversi, nanti susah nak jawab di peringkat bahagian dan akar umbi. Maknanya dah ramai yang tak setuju isu NFC disenyapsepikan. Padan muka kau UMNO/APCO. Tau berak merata-rata saja macam lembu!!!
Rakyat Malaysia sekalian, tiada gunanya bergantung harap kepada puak-puak penjarah ni. Kita kena hapuskan mereka walau dengan apa-apa cara sekalipun. Pergi jahanamlah dengan ungkapan "UMNO/APCO tiada galang ganti" tu. Parti mana boleh tongkat dunia dalam alam ciptaan Allah ni? Kita peduli apa dengan retorik menyelamatkan diri mereka. Jika UMNO/APCO kalah, Melayu akan lebih bahagia. Percayalah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan