Home »
» 901 News:Derma ribuan selipar tanda sokongan
901 News:Derma ribuan selipar tanda sokongan
Written By canang on Jumaat, 6 Januari 2012 | 1/06/2012 08:35:00 PTG
PALU - Ribuan penduduk di Indonesia, kelmarin sepakat mendermakan lebih 1,200 pasang selipar dan sandal di beberapa pusat pengumpulan di seluruh negara sebagai tanda sokongan terhadap kempen prihatin dengan nasib seorang remaja lelaki yang didakwa atas kesalahan mencuri.
Tindakan itu diambil selepas Mahkamah Daerah Sulawesi Tengah mendapati remaja lelaki berumur 15 tahun tersebut bersalah kerana mencuri selipar milik seorang pegawai polis pada November 2010.
Hakim Rommel Tampubolon berkata, dia bernasib baik kerana masih di bawah umur dan hanya diarahkan oleh mahkamah untuk menjalani sesi kaunseling, jika tidak remaja itu mungkin terpaksa meringkuk selama lima tahun di dalam penjara akibat kesalahan tersebut.
Difahamkan, gara-gara dituduh mencuri sandal di luar balai polis, remaja itu bersama dua rakannya telah dipukul dengan teruk oleh pemilik sandal tersebut walaupun berkali-kali mereka menafikannya.
Dalam satu kenyataan, Pengerusi Suruhanjaya Perlindungan Kanak-kanak Indonesia, Arist Merdeka Sirait berkata, mereka sepakat untuk mengumpulkan sandal dan selipar yang akan diserahkan kepada ibu pejabat polis sebagai sokongan kepada remaja lelaki itu.
“Ini adalah antara contoh sikap tidak profesional dan penyalahgunaan kuasa oleh pihak berkuasa,” menurut timbalan koordinator aktivis hak asasi manusia, Indria Fernida.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan