Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berikrar beliau dan keluarganya tidak akan lari meninggalkan negara ini biar pun berdepan dengan kezaliman yang menjijikan.
“Saya, anak dan isteri tidak sekali-kali meninggalkan negara ini biar pun berdepan dengan penghinaan yang begitu rupa.
“Saya telah mengadakan perjumpaan keluarga melibatkan isteri, anak dan menantu telah mencapai keputusan ini. Cuma mereka bimbang sekiranya saya sekali lagi dipenjara akan dicederakan seperti pernah berlaku sebelum ini.
“Kalau saya lari orang lain pula akan kena. Saya telah menjelaskan kepada rakan-rakan di luar negara rakyat bukan marahkan saya tetapi segelintir pemimpin yang rasuah dan zalim,” katanya dipetik Harakahdaily pada program Amanat Terakhir di padang Majlis Daerah Machang, malam semalam.
Hadir sama Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw, Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli dan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail.
Anwar pada Isnin ini akan berdepan dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung kes dakwaan meliwat pembantunya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan pada tahun 2008.
Jika didapati bersalah, ahli politik berusia 64 tahun itu menghadapi hukuman penjara sehingga 20 tahun.
Anwar telah menafikan pertuduhan itu dengan mendakwa ia satu komplot kerajaan untuk mencemarkan imej beliau.
Menurut Harakahdaily, Anwar yang juga ketua pembangkang berkata, beliau telah dipelawa rakan-rakan di Turki dan negara Arab yang bersedia memberi tempat kepadanya memandangkan penganiayaan dan penghinaan terhadapnya yang masih berterusan.
Dakwanya, Perdana Menteri Turki, Tayyid Erdogan ada mempelawanya mendapat perlindungan di negara itu dan begitu juga rakan-rakan di negara Arab.
Bagaimanapun kata beliau Erdogan lebih memahami suasana sebenar kerana beliau juga pernah dipenjarakan oleh pemerintah Turki sebelum ini kerana pendakwaan yang bermotifkan politik.
“Begitu juga dengan apa yang saya hadapi sekarang, lebih kurang sama dengan Erdogan alami sebelum beliau berada di kedudukan sekarang sebagai pemimpin utama Turki,” katanya lagi.
Home »
» 901:'Saya tak akan lari, meskipun dipelawa Turki, negara Arab':
901:'Saya tak akan lari, meskipun dipelawa Turki, negara Arab':
Written By canang on Sabtu, 7 Januari 2012 | 1/07/2012 09:13:00 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan