Home »
» DAP TETAP MAHUKAN NIZAR JADI MB PERAK
DAP TETAP MAHUKAN NIZAR JADI MB PERAK
Written By canang on Selasa, 24 Januari 2012 | 1/24/2012 10:57:00 PG
DAP tidak bercita-cita supaya Adunnya menjadi Menteri Besar Perak sekiranya Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan selepas pilihanraya yang akan datang, sebaliknya tetap mahukan Dato' Seri Mohamad Nizar mengisi semula jawatan yang dirampas daripadanya itu.
Pengerusi DAP Perak, Dato' Negh Koo Ham menegaskan demikian ketika mengulas kemasukan dua orang profesional muda Melayu ke pangkuan parti tersebut semalam.
"Hari ini saya ingin menegaskan sekali lagi terutamanya bagi rakyat negeri Perak bahawa DAP tidak mempunyai cita-cita tersebut (menjadi MB Perak), dan jika cerita tersebut keluar, ia hanya satu lagi fitnah daripada BN. DAP menyatakan sokongan penuh kepada Dato' Seri Nizar sebagai Menteri Besar untuk Perak," tegas beliau.
Sebenarnya orang Melayu menganggotai DAP bukanlah cerita baru, cuma mungkin anak-anak hingusan pencacai UMNO yang tidak tahu sejarah parti tersebut merasa pelik. Ialah sebagai anak hingusan mungkin mereka belum lahir lagi ketika beberapa orang Melayu berjaya menjadi Ahli Parlimen dan Adun atas tiket DAP. Sebagai contoh, Ahmad Nor bekas presiden CUEPAC menang di Bayan Baru atas tiket DAP begitu juga Fadzlan Yahya menang Adun Pasir Berdamar di Perak.
Kepada DAP teruskan perjuangan anda kerana hakikatnya anda lebih baik daripada UMNO-BN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan