Home » » Enam Ribu Sambut Anwar Ibrahim Di Gemas!

Enam Ribu Sambut Anwar Ibrahim Di Gemas!

Written By canang on Selasa, 17 Januari 2012 | 1/17/2012 06:32:00 PTG

Belum pernah dalam sejarah negeri yang mengamalkan adat Perpatih ini berupaya mengumpul sebegitu ramai rakyat untuk mendengar amanat pemimpin terutamanya Pakatan Rakyat.

Jika ada pun sebelum ini, ia hanya tertumpu di kawasan bandar seperti Seremban dan Rasah, di mana kedua-dua kawasan parlimen tersebut dikuasai DAP.

Namun begitu, Anwar Ibrahim berjaya meruntuhkan kubu kuat Umno-APCO di Negeri Sembilan dengan kehadiran lebih enam ribu rakyat yang membanjiri Gemas, di selatan negeri itu.

Ketua Pembangkang tersebut berceramah bersama-sama dengan ahli parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang, Pesuruhjaya PAS negeri, Mohd Taufek Abdul Ghani dan Ketua Pemuda DAP Kebangsaan, Anthony Loke Siew Fook.

Untuk rekod, DUN Gemas terletak dalam parlimen Tampin yang diwakili menteri kerjaraya, Shaziman Abu Mansor.

Sebelum ini, tidak ada satu pun pemimpin Pakatan Rakyat yang berjaya menembusi kubu kuat Umno-APCO ini kerana Gemas dan Tampin merupakan kubu kuat parti reput itu di negeri ini dan Shaziman adalah antara hard core nya selain Menteri Besar, Mohamad Hasan di DUN Rantau.

Ketakutan Umno-APCO begitu ketara sebelum kedatangan Anwar ke daerah itu malam semalam.

Dikhabarkan, beratus-ratus poster dan sepanduk dikoyakkan serta dibuang di tepi jalan oleh puak-puak yang khuatir kedatangan Anwar akan mencetuskan lebih banyak pendedahan termasuk skandal National Feedlot Centre (NFC) yang ladangnya terletak cuma 12 kilometer dari tapak ceramah!

Pun begitu, poster yang dikoyakkan ini pantas diambil tindakan oleh petugas yang bertungkus lumus memasagngnya kembali hingga terpaksa membuat laporan polis di balai polis Gemas akibat perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab.

Dalam ceramahnya, Anwar sekali lagi melontarkan cabaran kepada perdana menteri Najib Altantuya supaya diadakan debat antara mereka untuk membuktikan siapa yang sebenarnya menipu rakyat selama ini.

Hadirin yang berpusu-pusu ke tempat ceramah dihidangkan lagi dengan tawaran Buku Jingg seperti penurunan harga minyak, penyusuna semula tarif penjana tenaga bebas (IPP) dalam tempoh dua minggu dan subsidi gula, beras dan barang keperluan harian akan diberikan semula sekiranya Pakatan Rakyat berkuasa di Putrajaya.

Apa yang lebih menarik, golongan remaja dan warga emas terutamanya warga Felda yang sedang dalam bahaya ekoran cadangan penyenarain Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia juga turut disentuh Anwar.

Katanya, ia hanyalah satu helah untuk Umno-APCO terus merompak wang rakyat termasuk tanah peneroka yang terpaksa dicagarkan untuk mendapat wang segera daripada pelabur asing yang sudah laparkan tanah Felda di seluruh negara.

Juga disentuh, kesemua tol di lebuhraya akan dimansuhkan termasuk perjanjian yang berat sebelah yang hanya menguntungkan kroni Umno-APCO dan menindas rakyat.

Rata-rata warga peneroka (ada enam kawasan tanah rancangan di Gemas) yang ditemui selepas ceramah tersebut berpuas hati dengan penjelasan Anwar terutamanya komitmen Pakatan Rakyat untuk membela nasib mereka selain penipuan kadar perahan kelapa sawit yang rendah, yang membawa kepada tuntutan saman beberapa rancangan Felda sebelum ini.

Anwar turut menyentuh isu NFC dengan mengatakan bahawa adalah tidak adil keluarga berpengaruh Umno-APCO seperti Shahrizat Jalil mendapat pembiayaan hutang dengan kadar faedah (bunga) sebanyak hanya DUA PERATUS sedangkan kakitangan awam pun dikenakan faedah lebih tinggi iaitu empat peratus!

Ini sememangnya satu bentuk penyelewengan terang-terang oleh Umno-APCO dan perkara ini mesti dihentikan jika tidak mahu negara ini bankrap dalam masa tujuh tahun lagi.

Ternyata rakyat Gemas bertuah kerana Anwar sendiri yang berani mendedahkan tembelang busum pemimpin Umno-APCO menyamun harta rakyat di saat jutaan rakyat lain kais pagi makan pagi kais petang makan petang.

Diharapakan dengan kebangkitan rakyat Gemas ini akan mencetuskan satu tsunami politik yang lebih jauh ke selatan kerana Gemas adalah pekan strategik untuk tiga negeri iaitu Negeri Sembilan, Pahang dan Johor.

Peluang untuk merampas kerusi Gemas dan Tampin tetap ada dengan bukti bahawa lebih enam ribu rakyat yang membanjiri padang awam akan terus menyebarkan risalah kebenaran yang dibawa Anwar dan Pakatan Rakyat bagi membersihkan Malaysia dri kekotoran yang dilakukan Umno-APCO dan rakan-rakan yang sewaktu dengannya
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger