Home » » FARAH jawab isu cerai, gambar intim

FARAH jawab isu cerai, gambar intim

Written By canang on Isnin, 23 Januari 2012 | 1/23/2012 11:21:00 PTG

GAMBAR yang tersebar itu bukan punca kami bercerai. Tetapi saya tidak mahu bercakap mengenai itu. Apa yang ingin saya beritahu antara kami berdua memang tak ada persefahaman dan jalan yang terbaik adalah berpisah,” tegas Farah Ashikin, bekas isteri Hattan dalam satu pertemuan dengan Pancaindera di butik Amir Luqman di Plaza Damas, Kuala Lumpur Khamis lalu. Farah dan penyanyi Hattan telah bercerai talak satu pada 12 Januari lalu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Rumahtangga yang dibina oleh pasangan ini pada 11 November tahun lalu cuma bertahan dua bulan selepas pelbagai spekulasi tersebar mengenai perceraian mereka seminggu setelah mereka bernikah. Bagaimanapun Hattan yang ketika itu masih suami Farah Ashikin menafikan sekeras-kerasnya mengenai berita itu sambil menyifatkan ia sekadar gosip kerana mereka berdua adalah pasangan bahagia. Sayangnya, rumah tangga yang dibina atas dasar cinta yang diharapkan akan berkekalan sehingga hujung nyawa, akhirnya musnah di pertengahan jalan apabila mereka disahkan bercerai pada minggu kedua 2012. Sebagai pasangan bahagia, sama ada Farah ataupun Hattan, sememangnya tidak mahu rumah tangga yang dibina atas dasar cinta itu runtuh. Tetapi sebagai manusia kita hanya bisa merancang namun takdir yang menentukan segala-galanya. Sayangnya, apa yang kurang enak didengar, selepas perceraian itu pelbagai cerita yang tersebar sehingga mengguris hati dan maruah apabila gambar intim Farah dengan seorang lelaki tersebar dalam pelbagai blog dan portal hiburan tempatan. Ketika ditanya kesahihan perkara berkenaan, Farah menafikan sekeras-kerasnya dakwaan gambar tersebut menjadi punca kepada penceraian mereka. “Memang benar itu gambar saya. Tapi bukan sebab gambar tu saya bercerai dengan Hattan. Saya tahu ramai yang percaya dan sudah tiba masanya untuk saya menjelaskan perkara yang sebenar. “Itu gambar peribadi saya yang diambil lebih kurang lima tahun lalu. Kenapa setelah saya kahwin ada orang nak sebarkan gambar tu? “Saya ada maruah dan keluarga. Bila tersebar gambar berkenaan memang saya malu dan reputasi saya jatuh. Orang tak tahu apa yang terjadi. Orang dengar dan orang percaya bulat-bulat. “Lagi satu saya bukan artis! Saya hanya orang biasa dan tak sepatutnya mereka siarkan gambar berkenaan. Itu cukup mengaibkan saya,” kata Farah, ibu tunggal kepada dua orang anak. Menurut Farah, walaupun dia redha dengan apa yang berlaku namun dia tetap sedih dengan perceraian itu. “Saya sangat sedih dengan perceraian kami tetapi saya optimis dengan perjalanan hidup. Saya nak orang tahu yang saya tak menyesal berkahwin dengan Hattan. “Biarpun banyak dugaan yang datang saya yakin ada hikmah di sebaliknya. Cuma saya kesal bila ada yang menjaja cerita kami bercerai talak tiga di awal perkahwinan dulu. “Itu memang satu berita yang tak benar dan sangat mengaibkan. “Tetapi sama ada suka atau tidak saya kena terima penceraian ini. Kini saya hanya mahu memberi tumpuan kepada bisnes saya,” kata Farah. Mangsa godam MENGULAS lanjut mengenai penyebaran gambar berkenaan, jelas Farah semuanya berpunca daripada penggodam yang telah membuat onar terhadap e-mel peribadi dan blog peribadinya. Perkara ini bukan baru berlaku sebaliknya semenjak pertengahan tahun 2010, dia menjadi mangsa digodam yang akhirnya mengaibkan dirinya. “Saya pernah buat laporan polis pada September 2010. Berita mengenai laporan polis itu pernah tersiar di sebuah akhbar berbahasa Inggeris. “Saya tak tahu siapa punya kerja. Tapi mereka godam e-mel saya, tambah kandungan termasuk dalam blog dan hantar pada semua kenalan untuk mengaibkan saya,” kata Farah yang merupakan pemilik Into Equity Sdn. Bhd. ini lagi. Melalui syarikatnya itu, Farah merupakan ahli perniagaan hartanah dan pendidikan kanak-kanak yang beroperasi di London, Itali dan Hong Kong. Selain terbabit dengan bisnes luar negara, dia juga merupakan pembekal barangan hotel terkemuka di Kota Kinabalu dan membekal peralatan kepada Kementerian Kesihatan. Bisnes yang telah diusahakan sejak beberapa tahun lalu cukup membuatkan dirinya terkenal dalam bidang perniagaan dan sudah pasti dia terkesan dengan kemelut tak berkesudahan yang akan menjejaskan perniagaannya. “Saya orang bisnes dan saya tahu dengan penyebaran gambar itu akan menjejaskan reputasi saya. Kalau dengan pelanggan luar negara tak ada masalah tetapi bagaimana dengan pelanggan dalam negara? “Mahu atau tidak saya kena membersihkan maruah saya yang tercalar. “Lepas ni saya akan ke Hong Kong untuk urusan perniagaan. Bila balik nanti saya mahu membersihkan nama saya. Saya sudah berbincang dengan peguam saya untuk mengambil tindakan terhadap beberapa blog hiburan yang menyiarkan gambar saya,” kata Farah
Share this article :

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bonomgambar 5tahun dulu ke?10 tahun dulu ke?anda memang pompuan murahan yg takde maruah.....aku pun heran la...macamana Hattan boleh kutip kau buat bini?............

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger