PETALING JAYA - Pemimpin-pemimpin tertinggi Pas dan DAP akan menyertai kempen Bebas Anwar 901 bagi menyatakan sokongan ke atas Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan mengetahui keputusan kes liwatnya, Isnin depan.
Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang telah bersetuju untuk turut serta dalam perhimpunan itu.
Menurutnya, sokongan itu bukan sekadar menunjukkan sokongan kepada Anwar, malah sepakat bahawa sistem sedia ada perlu diubah termasuk sistem politik, ekonomi, kehakiman dan pendidikan.
"Kita jamin tiada insiden yang tidak baik berlaku pada 9 Januari nanti, melainkan ada pihak tidak bertangggungjawab yang sengaja memprovokasi.
"Perhimpunan besar-besaran itu bagi memastikan rakyat sentiasa bersama-sama PR pada pilihan raya umun akan datang," katanya pada sidang media selepas mesyuarat pimpinan PR di sini.
Sementara itu, Abdul Hadi berkata, sekiranya mahukan sistem pemerintahan yang adil, perubahan besar perlu digerakkan dengan bersungguh-sungguh.
"Kalau ia tidak berlaku, tidak akan wujud pilihan raya umun yang bersih dan adil yang mengikut amalan demokrasi yang telah diamalkan oleh negara-negara lain," katanya.
Dalam pada itu, Kit Siang pula mencadangkan supaya pelajar universiti diberi kuasa bagi menyatakan sebarang pandangan dan cadangan bagi menambahbaiki sistem pentadbiran negara.
"Sistem sedia ada mengekang pergerakan pelajar dan perlu diubah. Kita tidak mahu mereka menjadi mangsa keadaan.
"Jadi, bagi merealisasikan perubahan ini, DAP akan bersama-sama dan menyokong sebarang usaha termasuklah kempen untuk membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Isnin depan," katanya
Home »
» Hadi, Kit Siang 100 Ribu dikumpulkan untuk sertai kempen 901
Hadi, Kit Siang 100 Ribu dikumpulkan untuk sertai kempen 901
Written By canang on Selasa, 3 Januari 2012 | 1/03/2012 08:09:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan