Home » » Ibrahim Ali Masih Berharap Agar Anwar Dipenjarakan...

Ibrahim Ali Masih Berharap Agar Anwar Dipenjarakan...

Written By canang on Isnin, 9 Januari 2012 | 1/09/2012 11:47:00 PTG



KUALA LUMPUR, 9 Jan — Walaupun mahkamah membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim atas tuduhan liwat namun Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali menegaskan “segalanya belum muktamad.”

Ini kerana jelas beliau, pihak pendakwaan masih boleh mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan.

“Saya percaya pendakwa raya akan membuat rayuan supaya berlaku adil kepada (Mohd) Saiful (Bukhari Azlan), pengadu yang mengaku diliwat oleh Anwar.


“Jika pendakwa raya merayu (maka) proses keadilan belum selesai. Selepas Mahkamah Rayuan, (kemudian) ada lagi Mahkamah Persekutuan. Jadi segala-galanya belum muktamad,” kata Ibrahim dalam satu kenyataan ringkas.

Anwar, Ketua Umum PKR dan Ahli Parlimen Permatang Pauh hari ini dilepaskan dan dibebaskan dari tuduhan meliwat Mohd Saiful, bekas pembantu peribadinya tiga tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Diah membuat keputusan itu dengan alasan tiada keterangan yang menyokong keterangan mangsa selain pihak pendakwaan gagal membuktikan Anwar melakukan perbuatan itu.

Keputusan itu diraikan penyokong dan pemimpin Pakatan Rakyat serta keluarga Anwar yang turut hadir memberikan sokongan.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ibrahim-ali-nasib-anwar-belum-selamat-jika-saiful-kemuka-rayuan/
Share this article :

1 ulasan:

arai berkata...

Ibrahim Ali tidak layak persoalkan kes mahkamah dan niat berajenda agar Anwar dipenjarakan tetap jua hak mahkamah penentuannya. Tak payahlah Ibrahim Ali nak sebut-sebut fasal hak dalam menuntut keadilan.Carilah hal-hal lain yang lebih utama dari berjuang dalam demo ke satu demo.Apa objektif beliau sebenarnya ? Selagi ianya serabut dengan urusan bercampur aduk ni maka selagi itulah pencapaiannya dalam politik senantiasa penuh dengan huruhara. Nyah saja dari berpolitik, berNGO tu biar berpada-pada dan boleh dicontohi umum khususnya anak-anak muda agar mereka bersikap patriotik tulen yang berguna untuk bangsa dan negara. Sesunggunya yang utama adalah menyatukan umat bukan cari jalan menambahkan pecah belah sesama kita !!

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger