Home »
» Kanak-kanak berusia 12 hingga 14 tahun perlu pakai kondom!
Kanak-kanak berusia 12 hingga 14 tahun perlu pakai kondom!
Written By canang on Sabtu, 14 Januari 2012 | 1/14/2012 09:01:00 PTG
Ini berita baik bagi negara bakal pengeluar kondom terbesar dunia kah kah kah... projek beb projek... tak ada projek tak ada duit...macam projek longkang, tak ada korek-korek tak masyukk...
Switzerland sudah menghasilkan kondom kanak-kanak. Kondom untuk kanak-kanak ini dibuat dengan alasan ramai kanak-kanak di Switzerland antara usia 12-14 tahun pernah melakukan hubungan seks. Kerajaan Switzerland mengeluarkan polisi "kontroversi" untuk menghasilkan kondom untuk kanak-kanak.
Hasil kajian menyebutkan kanak-kanak usia 12-14 tahun telah ramai yang melakukan hubungan seks. Sebagaimana yang dilaporkan dalam Telegraph, kajian itu dilakukan oleh Suruhanjaya Federal untuk Anak dan Pemuda, dengan menemubual 1480 orang berusia 10-20 tahun.
Dalam hasil kajian, kanak-kanak berusia 12-14-tahun sudah banyak yang melakukan hubungan seks. Data ini meningkat drastik berbanding era 1990-an.
Nancy Bodmer, dari Centre for Development and Personality Psychology di Uviversitas Basel, yang mengetuai kajian, berkata bahawa fenomena itu sangat megejutkan.
"Ini keputusan yang mengejutkan dan membimbangkan, kerana anak-anak muda memaparkan perilaku berisiko Mereka nampaknya mempunyai kecenderungan untuk tidak melindungi diri mereka sendiri. Mereka tidak mempunyai pengetahuan seksual. Mereka tidak memahami akibat dari apa yang mereka lakukan dan meninggalkan gadis-gadis muda untuk mengurus segala konsekuensinya, "kata Bodmer.
Kumpulan Keluarga Berencana dan Persekutuan AIDS Switzerland terus berkempen untuk masyarakat dalam penggunaan kondom kepada para remaja.
Pada peringkat awal, kerajaan Switzerland menghasilkan 55000 bungkusan dengan satu bungkusan mengandungi satu kondom kecil dan satu kondom berukuran normal. Selain dijual di kedai kedai, kondom itu juga dijual secara online melalui internet
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan