Home » » Lagi asteroid hampiri bumi dikenal pasti

Lagi asteroid hampiri bumi dikenal pasti

Written By canang on Selasa, 31 Januari 2012 | 1/31/2012 01:33:00 PTG

WASHINGTON - Sebuah lagi asteroid sebesar bas bandar dikenal pasti berada antara orbit Bumi dan bulan, kelmarin beberapa hari selepas ia dikesan, namun didakwa tidak mendatangkan ancaman kepada planet kita, menurut Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa), semalam. Saintis Nasa menyatakan asteroid 2012 BX34 bersaiz 11 meter itu melepasi orbit Bumi pada jarak 59,044 kilometer (km). “Walaupun saiznya kecil, ia tidak dapat menembusi atmosfera Bumi. Ruang untuk asteroid tersebut melepasi planet kita hanya kira-kira 0.17 kali jarak antara bulan dan Bumi,” menurut kenyataan ahli astronomi di Jet Propulsion Laboratory di Pasedena, California. Sejak awal minggu lalu, para saintis di seluruh dunia turut mengadakan pertemuan membincangkan bagaimana untuk bertindak-balas dengan ancaman dari asteroid. Mereka sepakat untuk menubuhkan projek NEOShield (perisai ancaman asteroid) yang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun dan diketuai oleh Pusat Aeroangkasa Jerman bersama saintis dari Eropah dan Amerika Syarikat. September lalu, Nasa turut mengesan sebuah asteroid terbesar sejauh 195 juta km dari matahari melalui sekitar orbit Bumi.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger