Tahniah!
Pakatan Rakyat telah memulakan Konvensyen Bersejarah pada tepat jam 9.30 pagi dengan ucapan aluan oleh Dato' Mahfuz dan dimulakan ucapan pembukaan oleh YB Senator Tunku Aziz.
Majlis diteruskan dengan ucapan pembakar semangat oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan diikuti oleh Timbalan Keadilan, Azmin Ali.
LAPORAN TERKINI
12:00 - Sessi ketiga - Perbahasan Perwakilan oleh 5 wakil Pimpinan Pakatan Rakyat :
1. YB Dr Dzulkefly Ahmad
2. Tuan Hj Suhaimi Said
3. Tan Sri Khalid Ibrahim
4. YB Anthony Loke
5. YB Dato'Paduka Husam Musa
11:30 - Konvensyen diteruskan lagi dgn luahan hati dari golongan Akademik (Prof.Dr.Nazari Ismail) berucap mengenai negara impiannya. Disusuli dengan pandangan dari wakil NGO, Dato' Ambiga yg menyatakan beberapa isu termasuk rasuah negara. Perwakilan terakhir diwakili oleh wakil Mahasiswa,Sdr Akram Ikrami yang membicarakan soal mahasiswa, universiti dan anak muda.
10:35 - Konvensyen dimulakan dengan luahan hati Rakyat yang diwakili dari pelbagai peringkat, dimulai oleh wakil Felda,wakil Penjawat Awam (Brid.General Hadi Katab), wakil Sabah (Tan Sri Simon Sipauan), wakil Sarawak dan golongan Budayawan, (Sdr Dinsman) yang mengharapkan hubungan rapat dengan ahli budawayan.
10.25 - Keberangkatan Pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat, DS Wan Azizah, Datuk Seri Haji Hadi, TG Nik Aziz Nik Mat.
--------------------------------------------------------------------------------
Pakatan Rakyat yang memerintah empat negeri yang dimenangi semasa pilihanraya pada tahun 2008, berkumpul di sini untuk memuktamadkan pelan untuk pilihan raya ke-13.
Menurut Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad, Pakatan Rakyat perlu cepat memanfaatkan momentum yang diperolehi dari pembebasan Anwar Ibrahim dan segera membina gelombang untuk menggalakkan teras dasar yang bertujuan untuk memenangi sokongan kumpulan pengundi utama.
Konvensyen ini akan memberi tumpuan kepada :
4 dasar teras iaitu perkhidmatan awam, Felda, monopoli ekonomi, serta hubungan antara kerajaan persekutuan dan negeri, yang akan membantu meyakinkan pengundi bahawa Pakatan Rakyat adalah "serius untuk berada di dalam kerajaan Persekutuan".
Mempengaruhi pengundi Melayu, kakitangan awam, kelas pekerja dan rakyat di Sabah dan Sarawak, iaitu blok undi yang agak besar yang dilihat memegang kunci ke Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.
Menyelidiki secara mendalam “inti” dasar di dalam manifesto Buku Jingga.
Mengupas kembali keputusan Konvensyen yang pertama iaitu meletakkan prinsip-prinsip yang luas. Dalam konvensyen kedua, Pakatan Rakyat telah melihat pada pelan tindakan.
Home »
» Laporan Terkini Konvensyen Pakatan Rakyat: 12.00 tengahari
Laporan Terkini Konvensyen Pakatan Rakyat: 12.00 tengahari
Written By canang on Sabtu, 14 Januari 2012 | 1/14/2012 01:00:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan