Home » » Melayu di bangsatkan selama 54 tahun oleh UMNO

Melayu di bangsatkan selama 54 tahun oleh UMNO

Written By canang on Isnin, 30 Januari 2012 | 1/30/2012 11:47:00 PG

Adakah kita sedar atau kita buat-buat tak sedar yg selama umno memerintah malaysia melayu di bangsatkan,melayu di tindas,melayu di anak tirikan ,melayu di haprakkan......??/ megapa kita diam bila tanah melayu di rampas secara hormat, tanah melayu di jual kepada warga asing..... pemimpin umno kaya raya, pemimpin mca ,mic dan gerakan kaya raya harta berbilion di dalam bank luar negara dan bank yahudi, pemimpin2 BN kaya dan terkaya adalah dari hasil negara dan wang hak rakyat. bukan mereka kaya sebelum jadi pemimpin, jangan gadai maruah bangsa kita dan jangan kita bangsat kan bangsa kita ini wahai melayu...?biar umno dan pemimpin mereka saja yg bangsat. wang dan harta rakyat di guankan sewenang-wenangnya oleh pemimpin2 ini. sedangkan melayu masih terlalu ramai merempata kerana kekangan hidup dalam kos sara hidup yg tinggi tetapi pendapatan tak seberapa yg boleh di dapati setiap hari, dengan kos minyak,kos barangan yg tinggi bagai mana harus rakyat mahu menyara kehidupan seharaian, kos pelajaran yg tinggi untuk belajar di univesiti2 di dalam dan luar negara,bagai mana harus melayu hadapinya. kemana perginya wang negara yg berpendantan berbilion setiap hari.?/benarlah pemimpin-pemimpin BN ini perompak wang untuk rakyat..???akhirnya melayu kehilangan segala-galanya,melayu merempat di negara sendiri, senarai melayu terkaya di malaysia KUALA LUMPUR: Bilangan hartawan Melayu dalam senarai '40 Individu Paling Kaya di Malaysia Forbes Asia' bagi tahun ini meningkat kepada sembilan berbanding lapan tahun lalu dengan nilai aset terkumpul mereka mencecah AS$2.603 bilion (RM9.132 bilion). Nilai aset terkumpul itu bagaimanapun 28.88 peratus lebih rendah berbanding AS$3.65 bilion (RM12.84 bilion) tahun lalu dan hanya mewakili 7.15 peratus kekayaan terkumpul semua individu dalam senarai 40 orang paling kaya Malaysia itu yang berjumlah AS$36.41 bilion (RM127.74 bilion). Usahawan terkemuka, Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary dan Pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim terus mengekalkan kedudukan masing-masing sebagai orang Melayu paling kaya dan kedua paling kaya tahun ini. Turut mengekalkan kedudukan adalah Pengerusi Eksekutif Kencana Petroleum Bhd, Datuk Mokhzani Mahathir pada tempat ke-3 dan Timbalan Ketua Eksekutif AirAsia Bhd, Datuk Kamarudin Meranun tempat ke-4. Syed Mokhtar mempunyai kekayaan AS$1.1 bilion (RM3.86 bilion), manakala Azman AS$470 juta (RM1.65 bilion). Walaupun kekayaan Syed Mokhtar dan Azman masing-masing susut daripada AS$1.8 bilion (RM6.32 bilion) dan AS$700 juta (RM2.46 bilion) tahun lalu, mereka mengekalkan kedudukan di tempat ke-8 dan ke-11 dalam senarai '40 Individu Paling Kaya di Malaysia' tahun ini. Mokhzani dan Kamarudin pula masing-masing memperbaiki kedudukan dari tempat ke-20 dan ke-21 tahun lalu kepada ke-16 dan ke-19 tahun ini. Peningkatan itu di sebalik penurunan nilai kekayaan masing-masing daripada AS$290 juta (RM1.02 bilion) kepada AS$215 juta (RM754.29 juta) dan AS$280 juta (RM982.34 juta) kepada AS$205 juta (RM719.21 juta) tahun ini. Tiga hartawan Melayu baru yang memasuki senarai tahun ini ialah Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holding Bhd, Tan Sri Rozali Ismail pada tangga ke-31; Pengerusi Hard Rock Cafe Enterprise Malaysia, Tan Sri Syed Yusof Syed Nasir di tangga ke-37 dan Ketua Eksekutif Ranhill Bhd, Tan Sri Hamdan Mohamad di tangga ke-38. Nilai aset ketiga-tiga individu itu masing-masing berjumlah AS$130 juta (RM456.08 juta), AS$100 juta (RM350.83 juta) dan AS$98 juta (RM343.82 juta). Dua hartawan Melayu lain yang turut berada dalam senarai itu ialah Pengarah Eksekutif Westports, Ahmayuddin Ahmad di tempat ke-25 dengan nilai kekayaan AS$175 juta (RM613.96 juta) dan Pengarah Gamuda Bhd, Raja Datuk Seri Eleena Raja Azlan Shah di tempat ke-35 dengan nilai kekayaan AS$110 juta (RM385.917 juta). Bagaimanapun, Pengerusi Naim Cendera Holdings Bhd, Datuk Abdul Hamed Sepawi dan Ketua Eksekutif CIMB Group, Datuk Nazir Razak masing-masing berada di tempat ke-30 dan ke-40 tahun lalu terkeluar daripada senarai '40 Paling Kaya di Malaysia' tahun ini. Sementara itu, peneraju Kumpulan Kuok, Tan Sri Robert Kuok dan ahli perniagaan Ananda Krishnan mengekalkan kedudukan sebagai rakyat Malaysia paling kaya. Kekayaan Kuok adalah AS$9 bilion, turun daripada AS$10 bilion tahun lalu, manakala Ananda pula AS$7 bilion, turun daripada AS$7.2 bilion. Kuok dan Ananda juga adalah orang paling kaya di Asia Tenggara. Rakyat Malaysia ketiga paling kaya pula ialah Pengerusi Kumpulan IOI, Tan Sri Lee Shin Cheng dengan kekayaan AS$3.2 bilion, turun daripada AS$5.5 bilion tahun lalu. Forbes Asia dalam kenyataannya berkata, jumlah terkumpul kekayaan 40 individu paling kaya di Malaysia AS$36 bilion bagi tahun ini merosot 22 peratus berbanding AS$46 bilion tahun lalu sejajar kejatuhan 21 peratus pasaran saham tempatan dan penurunan 10 peratus nilai ringgit berbanding dolar AS. Katanya, pengiraan nilai kekayaan individu dalam senarai itu dibuat berdasarkan harga saham syarikat yang dikuasai dan kadar pertukaran mata wang daripada 15 Mei lalu. Bagi aset yang tidak disenaraikan pula, ia menggunakan maklumat daripada firma biro kredit BRIS Information Services Sdn Bhd (BRIS) dan sumber lain untuk membuat anggaran nilainya jika aset itu disenaraikan di Bursa Malaysia. dari mana mereka ambil kekayaan ini...tak lain x bukan dari pemimpin2 umno dan anak beranak mereka.... tetapi melayu masih di takok lama......
mengapa 54 tahun umno memerintah masih ada lagi rumah yg sebegini didiami oleh melayu...besar mana negara malaysia ini ,ramai mana rakyat malaysia bila di bandingkan dgn jepun\,taiwan,singapore, filipina dan brunai...malaysia bukan rakyat ramai seperti indonesia, kemana perginya wang negara di dalam poket pemimpin2 umno itu pasti...??? http://wargamarhaen.blogspot.com/2012/01/melayu-di-bangsatkan-selama-54-tahun.html?showComment=1327801266419#c1921932551180725738
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger