Home » » Pelakon Hollywood Angelina Jolie & Brad Pitt Ajar Anak Mereka Tentang Agama Islam

Pelakon Hollywood Angelina Jolie & Brad Pitt Ajar Anak Mereka Tentang Agama Islam

Written By canang on Jumaat, 27 Januari 2012 | 1/27/2012 03:45:00 PTG

Pasangan pelakon Hollywood Angelina Jolie (gambar) dan Brad Pitt mengaku memberikan pendidikan agama kepada anak-anak mereka. Jolie tidak membataskan pendidikan itu pada satu atau dua agama sahaja, malahan enam anaknya mendapat pendedahan terhadap semua bentuk agama yang ada. "Brad dan saya membesarkan anak-anak kami untuk menghargai sesama manusia," ujar ibu kepada Maddox, Pax, Zahara, Shiloh dan si kembar Vivienne dan Knox itu kepada majalah Parade. Jolie dan Pitt memperkenalkan semua agama yang ada di dunia ini kepada enam anak mereka dengan menyediakan rak yang memuatkan pelbagai buku dan kitab agama di rumah mereka. "Kami ada Injil, al-Quran dan semuanya. Kami juga mengajak anak kami ke gereja, kuil, menghadiri upacara ajaran Buddha, pergi masjid, mengajar mereka tentang semua kepercayaan," katanya pada Sabtu. Menurut Jolie, walau apapun agama yang dipilih oleh anak-anaknya kelak, dia tidak akan membantah. "Pilihannya (agama) terletak pada tangan mereka," ujarnya. kepada hero Star Wars Liam Neeson semoga menjadi seorang muslim sejati dan juga Angelina Jolie semoga mendapat hidayah.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger