Pulau Pinang minggu lepas telah mengisytiharkan jumlah harta exco-exco mereka kepada umum...
sehinggakan didapati ada exco Pulau Pinang yang tinggal dirumah sewa seperti kebanyakan rumah rakyat negara ini....
Pengisytiharan tersebut dilakukan tanpa ada masalah dan tanpa ada rasa takut,kerana exco negeri Pulau Pinang semuanya tak ada harta-harta yang melebihi dari kemampuan pendapatan mereka...
Namun,bila dicadangkan pengisytiharaan harta diwajibkan ke atas menteri-menteri negara ini...
Dah ada bunyi mengatakan bahawa perkara seperti itu membahayakan menteri-menteri yang mengisytiharkan harta...
individu yang merasakan perkara itu membahayakan diri mereka adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri,Nazri Abdul Aziz....
Mengisytiharkan harta dan aset milik menteri dan ahli keluarga terdekat mereka kepada orang ramai adalah sesuatu yang tidak patut dilakukan kerana boleh membahayakan mereka,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz.
"Jika kita umumkan butirannya kepada orang ramai, ini akan membahayakan individu berkenaan.
"Ini khususnya, jika ia juga membabitkan butiran peribadi mereka,” kata Nazri pada sidang medianya di Putrajaya.
Ditanya mengenai ‘bahaya’ yang dimaksudkannya, beliau berkata pendedahan harta dan kekayaan seseorang kepada umum mungkin mengundang bahaya jika orang luar tahu mengenai tahap kekayaan dan aset yang dimiliki mereka.
Nazri bagaimanapun tidak menghuraikan lanjut perkara berkenaan.
Semalam, pengerusi lembaga penasihat panel SPRM Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh berkata ahli keluarga dan pasangan menteri kabinet tidak lama lagi akan diwajibkan mengisytiharkan harta dan aset mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Kalau kita bersalah...
memanglah kita akan takut untuk dedahkan harta kita...
kenapa exco Pulau Pinang selamba je isytiharkan harta mereka...?
kenapa BN terlalu takut untuk isytiharkan harta..?
Home »
» PEMIMPIN BN TAK BOLEH ISYTIHARKAN HARTA, SEBAB BAHAYA KATA NAZRI AZIZ.
PEMIMPIN BN TAK BOLEH ISYTIHARKAN HARTA, SEBAB BAHAYA KATA NAZRI AZIZ.
Written By canang on Khamis, 19 Januari 2012 | 1/19/2012 02:14:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
'Confirm' SPRM akan cekup puakx
laknatullah ini.Mengumpul harta HARAM
untuk keturunan hingga ke anak cucu!!
Bukalah mata hati dan mindamu wahai
ahlix UMNO.Pemimpinx kamu masih
menganggap kamu seperti LEMBU yang
boleh dicucuk hidung dulu kini dan
selamanya.Ayuh kita samax membuat
perubahan dalam PRU13 kelak dan samax
kita lihat kemana pemimpinx yang kamu
sanjung selama ini nak lari.
Catat Ulasan