Home » » PRU-13: Ghani gundah, Umno bakal tumbang di Johor

PRU-13: Ghani gundah, Umno bakal tumbang di Johor

Written By canang on Ahad, 29 Januari 2012 | 1/29/2012 09:27:00 PG

Cakap-cakap kebanyakan orang Umno Johor, Menteri Besarnya Datuk Seri Ghani Othman diberitakan sangat letih atau dengan kata lain betul-betul letih. Tidak kurang juga yang merasa amat kasihan. Dia kata dah letih kerana lari ke hulu ke hilir membuat program MB melawat kawasan. Yang peliknya ada yang berkata hasilnya kosong. Bermakna tak mendapat habuan politik. Memang kasihan sungguh MB ini. Sehubungan itu, Datuk Seri Najib Razak kelihatan letih kerana turun pandang bagi memastikan rakyat yakin dengan BN. Atau dengan kata lain dihati rakyat hanya Barisan Nasional bukan Pakatan yang buat janji kosong itu. Dalam perhimpunan Agung Umno tahun 2010 Datuk Seri Shafie Afdal meluahkan perasaan tak senang hati dengan perkembangan politik di negari johor kubu kuat Umno itu. Naib Presiden Umno dari Sabah itu bimbang dengan perkembangan 15 peratus daftar pemilih berpihak kepada Pakatan Rakyat yang kemungkinan mengugat kekuatan Umno dalam PRU 13 nanti. Perkara ini telah dinyatakan MB Ghani Othman yang melawat semua kawasan Parlimen di bandar-bandar di Johor, akan jatuh ka tangan Pembangkang, termasuk lah NUSAJAYA. Menteri Besar Johor telah membuat anggaran, 15 kawasan Parlimen di negeri Johor kedudukannya boleh dikatakan tak selamat. Ada orang Umno sendiri yang kata padan muka Ghani Othman, menandakan marah sekali rakyat Johor kerana tindakan Ghani dalam mengendalikan Johor Corp. yang mengalami kerugian besar. Johor Corp yang di bina oleh Tan Sri Ali Hashim sejak 30 tahun dahulu tanpa bantuan satu sen pun dari kerajaan dan sekarang ini mempunyai aset hampir bernilai RM14 billion. Sejak Tan Sri Ali Hashim berhenti dari J.Corp, Ghani dikatakan telah menjahanamkan perjalanan J.Corp dengan membawa masuk beberapa orang luar, budak-budak yang belum tahu apa itu bisnes tak pandai mengendalikan J,Corp dan anak-anak syarikatnya. Terutama sekali ia membelakangkan pengurusan J.Corp yang telah berkerja berhempas pulas berpuluh tahun. Siapa yang tidak marah. Bagaimana perasaan budak ini saperti Kamaruzaman, Jamal, Ahmad Mohamad. Yang sedihnya dato, penasihat sebenar di belakang Ghani ia lah Mr Lim “superman”, sekarang tugas mereka ini ialah untuk ‘merompak’ asset J.Corp yang amat berharga saperti KFC dan QSR. Tanah-tanah komersil dan akhirnya estate-estate yang di miliki oleh Kulim. Sesetengah berkata, jika umur panjang tulis dalam buku dairy masing masing apa yang berlaku itu dalam masa lima tahun semua harta-harta ini habis. J.Corp yang mempunyai hutang hampir RM3 billion, nampak pada dasarnya mereka mahu mencari jalan untuk membayar hutang ini, tapi sabenarnya mereka naikkan lagi hutang J.corp menjadi RM 5.5 billion melalui anak syarikatnya. Sebab itu Tan Sri Ali marah sekali, malangnya komennya tidak di siarkan oleh akhbar tempatan kerana sudah di block. -TKO
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger