Home » » Zambry : Ada Pihak Cuba Gagalkan Jamuan Rakyat Di Perak......Betul Ke..!!!!!

Zambry : Ada Pihak Cuba Gagalkan Jamuan Rakyat Di Perak......Betul Ke..!!!!!

Written By canang on Selasa, 24 Januari 2012 | 1/24/2012 09:17:00 PTG

IPOH: Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata ada pihak cuba menggagalkan majlis jamuan rakyat sempena sambutan Tahun Baru Cina di pekarangan kediaman rasminya di sini, hari ini. "Saya anggap perbuatan itu dilakukan 'kumpulan nakal' yang ingin menggagalkan sambutan ini," katanya kepada pemberita selepas majlis itu. Sebelum ini ada pihak menyebarkan SMS kepada penduduk di negeri itu bahawa majlis itu dibatalkan. Bagaimanapun, majlis berjalan lancar dengan lebih 5,000 orang mewakili segenap lapisan masyarakat menghadiri majlis itu yang diserikan dengan keberangkatan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun ke majlis itu yang bermula 11 pagi sehingga 3 petang. Berangkat sama, Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah dan Raja Puan Besar, Tuanku Zara Salim, Raja Dihilir Perak, Raja Jaafar Raja Musa dan Raja Puan Muda, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah. Tetamu dan rakyat yang hadir disajikan dengan persembahan kesenian dan kebudayaan tempatan yang menarik serta persembahan daripada artis tempatan. BERNAMA
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger