IPOH - Penyertaan dua orang muda Melayu dalam DAP semalam tidak akan menjejaskan kedudukan Barisan Nasional (BN), kata Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir hari ini.
Sebaliknya, menurut Menteri Besar, keyakinan rakyat terhadap perikatan itu akan terus kukuh selain terbukti mampu memberi khidmat yang baik kepada rakyat sejak sekian lama.
"Saya tidak fikir ia akan menjejaskn BN kerana sebelum ini pun sudah ada orang Melayu yang menyertai DAP, malah menjadi Adun sebelum ini dan perkara berkenaan langsung tidak menjejaskn BN sama sekali," katanya di sini, hari ini.
Semalam, dua graduan muda jurusan undang-undang UiTM memilih untuk menyertai DAP. Mereka adalah Fairuz Azhan Amirruddin dan Dyana Sofya Mohd Daud.
Fairuz Azhan, 25, merupakan seorang penulis manakala Dyana Sofya, 24, seorang peguam.
Home »
» Zambry: Melayu sertai DAP tidak ancam BN
Zambry: Melayu sertai DAP tidak ancam BN
Written By canang on Ahad, 22 Januari 2012 | 1/22/2012 04:00:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan