Home » » Guru Minta Pelajar Perempuan Melakukan Hubungan Seks Untuk Lulus

Guru Minta Pelajar Perempuan Melakukan Hubungan Seks Untuk Lulus

Written By canang on Isnin, 6 Februari 2012 | 2/06/2012 10:13:00 PTG

Pelajar sekolah di Limpopo di sini memboikot kelas sejak awal tahun selepas mendakwa guru mereka meminta pelajar perempuan melakukan hubungan seks, lapor akhbar di sini. “Kami tidak boleh berpeluk tubuh apabila guru yang kami anggap sebagai ibu bapa, mahu meniduri kami sebagai pertukaran untuk lulus pada hujung tahun,” kata pelajar yang namanya dirahsiakan. Pelajar di Sekolah Tinggi Mahlontebe di Roosenekal dilaporkan mendapat sokongan ibu bapa memboikot kelas selain menuduh guru selalu lewat atau tidak hadir. Pengerusi badan mentadbir sekolah berkenaan, Ephraim Chilwane mengesahkan tindakan boikot oleh pelajar dan berkata dakwaan mereka sedang disiasat. Badan pentadbir sekolah juga meminta jabatan pendidikan wilayah melakukan siasatan sendiri. Seorang pelajar kelas berkenaan berkata, mereka memboikot kelas selepas guru tidak menunjukkan minat untuk mengajar dan mendakwa kebanyakan murid gagal dalam pelajaran kerana guru tidak melakukan tugas mereka. “Kami tidak boleh berdiam diri apabila guru yang dianggap seperti ibu bapa sendiri mahukan seks sebagai tukaran meluluskan peperiksaan pada akhir tahun,” katanya. Seorang lagi pelajar memberitahu, mereka melaporkan kelakuan guru itu pengetua sekolah namun tiada tindakan diambil. Kesatuan Guru Demokratik Afrika Selatan dan jabatan pendidikan juga berkata bahawa mereka juga melancarkan siasatan sendiri. – Agensi
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger