Home » » Kes kematian Beng Hock Muncul Semula: Rayuan dibenarkan

Kes kematian Beng Hock Muncul Semula: Rayuan dibenarkan

Written By canang on Khamis, 2 Februari 2012 | 2/02/2012 05:42:00 PTG

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan keluarga Teoh Beng Hock membuat rayuan terhadap keputusan terbuka Mahkamah Koroner dalam siasatan kematian setiausaha politik itu. Panel tiga hakim diketuai Datuk Sulaiman Daud bersetuju sebulat suara terhadap hujah peguam Gobind Singh Deo bagi pihak keluarga Beng Hock bahawa terdapat isu perundangan yang perlu diperhalusi mahkamah. Panel itu juga membenarkan dua perkara rayuan dibuat pihak keluarga perayu. Pertama membolehkan pihak keluarga itu merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 1 Disember tahun lepas yang menolak rayuan untuk menyemak ”keputusan terbuka” dibuat Mahkamah Koroner sebelumnya. Manakala perkara kedua ialah membolehkan notis mengemukakan rayuan dibuat dalam tempoh 14 hari selepas dibenarkan berbuat demikian. – BERNAMA
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger