Home » » Menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.Hishammuddin sahkan kolumnis Arab ditahan polis

Menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.Hishammuddin sahkan kolumnis Arab ditahan polis

Written By canang on Jumaat, 10 Februari 2012 | 2/10/2012 08:38:00 PTG

PUTRAJAYA 10 Feb. - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan penangkapan kolumnis akhbar Arab Saudi, Mohammad Najeeb A.Kashgari, di Balai Berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam. Hishammuddin berkata, warga Arab itu yang lebih dikenali sebagai Hamza Kashgari, 23, ditahan polis pada pukul 9.40 pagi atas permintaan pihak berkuasa Arab Saudi kerana dilaporkan menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW. "Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah berhubung dengan pihak berkuasa Arab Saudi untuk menentukan tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini. — BERNAMA
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger