Home »
» Pelacur asing dicekup tanpa baju
Pelacur asing dicekup tanpa baju
Written By canang on Jumaat, 3 Februari 2012 | 2/03/2012 09:06:00 PTG
SHAH ALAM - Taktik sebuah rumah kedai menyediakan perkhidmatan memandikan pelanggan atas katil khas yang diletakkan di bilik air, sebelum menawarkan seks sebagai tarikan tambahan, terbongkar setelah polis menyerbu premis di Taman Botanic, Klang, kelmarin.
Kegiatan itu dikesan, selepas polis menerima maklumat orang awam yang curiga melihat ramai pengunjung memenuhi premis tiada berpapan tanda itu.
Hasil maklumat itu, serbuan diketuai Asisten Superintendan Aimy Shah Fadhil bersama tiga pegawai dan tujuh anggota dari Unit Urus Setia NKRA, Selangor, dijalankan, malam, kelmarin.
Menurutnya, ketika diserbu seorang pelacur warga asing dalam keadaan separuh bogel sedang melayan pelanggan.
“Kita tahan enam pelacur warga Vietnam dan tiga wanita China, masing-masing berusia antara 21 hingga 35 tahun dan dua penjaga premis serta tujuh pelanggan berusia antara 22 hingga 39 tahun,” katanya semalam.
Aimy Shah berkata, siasatan awal mendapati taktik meletakkan katil di bilik air itu, adalah modus operandi terbaru yang digunakan oleh sindiket pelacuran.
Menurutnya, terdapat juga kamera litar tertutup (CCTV) bagi memantau kehadiran polis.
Katanya, siasatan menunjukkan semua pelacur itu menyalahgunakan pas lawatan sosial dan semua ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan untuk tindakan selanjutnya mengikut Seksyen 372 dan 373 Kanun Keseksaan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan