Home » » PhD Rosmah: Pelajar Bakar Ijazah Curtin University Tanda Protes!

PhD Rosmah: Pelajar Bakar Ijazah Curtin University Tanda Protes!

Written By canang on Sabtu, 18 Februari 2012 | 2/18/2012 08:00:00 PG

Selepas ada graduan Curtin University mengoyakkan ijazah mereka yang diterima dari universiti itu ekoran rasa tidak puas hati alma mater mereka menganugerahkan PhD kepada Rosmah Mansor, kini satu klip video yang dimuat naik ke Youtube pula menjadi tumpuan! Video selama 51 saat itu menunjukkan bagaimana ijazah tersebut yang sebelum dibakar dipangkah dahulu dan kemudian barulah dibakar di atas sebuah penunu mudah alih sebagai simbolik hilangnya integriti universiti mereka memberikan ijazah kepada Rosmah. Apa yang menarik, hampir kesemua bekas pelajar Curtin menyokong tindakan salah seorang daripada mereka membakar ijazah yang sudah dianggap tidak bernilai. Rosmah menerima ijazah tersebut dalam satu majlis khas di Perth, Australia, minggu lalu. Universiti tersebut kini menggantung komen pengguna di Facebook miliknya susulan gambar pelajar mengoyakkan ijazah mereka beberapa jam lalu. JALAN PULANG
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger