Home »
» AH JIB GOR:Pilihan raya boleh diadakan bila-bila sebelum April 2013 -
AH JIB GOR:Pilihan raya boleh diadakan bila-bila sebelum April 2013 -
Written By canang on Jumaat, 3 Februari 2012 | 2/03/2012 03:25:00 PTG
MARANG 3 Feb. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pilihan raya umum ke-13 boleh diadakan pada bila-bila masa asalkan tidak lewat daripada April tahun depan.
Perdana Menteri berkata, masa untuk mengadakan pilihan raya umum ke-13 bergantung kepada banyak faktor.
"Pilihan raya umum boleh diadakan pada bila-bila masa asalkan tidak lewat daripada April tahun depan.
"Buat masa ini, saya turun padang berjumpa rakyat, bukan sahaja saya tapi semua pemimpin kerana ini tanggungjawab sebagai pemimpin supaya rakyat tambah yakin kepada Barisan Nasional (BN),” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Perdana Menteri berkata demikian ketika ditanya mengenai desas-desus kononnya Parlimen akan dibubar minggu depan untuk memberi ruang kepada pilihan raya umum ke-13. - BERNAMA
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan