Home »
» Barisan Nasional Mesti Menang PRU13, Kalau Tidak!!!
Barisan Nasional Mesti Menang PRU13, Kalau Tidak!!!
Written By canang on Selasa, 6 Mac 2012 | 3/06/2012 03:00:00 PTG
Pakatan tubuh S’jaya siasat skandal BN jika tawan Putrajaya!!!
KUALA LUMPUR 6 Mac: Pakatan Rakyat akan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di Raja bagi menyelamatkan sebanyak mungkin wang rakyat yang dibazirkan Umno-BN sebaik gabungan KEADILAN, PAS dan DAP diberi mandat membentuk kerajaan.
Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, fokus suruhanjaya itu terarah kepada skandal pembaziran wang rakyat yang melibatkan pemimpin besar.
“Skandal PKFZ misalnya, ia melibatkan pembaziran wang rakyat RM14 bilion dan yang terbaru penyelesaian di luar mahkamah bagi kes hutang kroni Umno, Tajudin Ramli terhadap Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).
“Skandal besar seumpama ini mesti ada pihak yang bertanggungjawab dan sebab itu perlunya suruhanjaya bagi menyiasatnya,” katanya.
Beliau diminta mengulas isi ucapan beliau di Sungai Petani, Kedah 3 Mac yang menyatakan Pakatan Rakyat akan mengheret pemimpin BN ke mahkamah jika mengambil alih Putrajaya pada PRU akan datang.
Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, turut tidak terlepas dari fokus Pakatan ialah penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) bertujuan mereformasikan institusi polis yang berterusan menjadi kuda tunggangan Umno-BN.
“Skandal NFC juga tidak akan terlepas kerana wang rakyat turut dibazirkan keluarga pemimpin Umno dengan menggunakan dana awam RM250 juta itu.
“Malah rakyat yang juga pembayar cukai sangat berharap wang mereka dikembalikan ekoran salah guna keluarga menteri dalam projek ini,” tegasnya.
Sehubungan itu, katanya, ucapan maaf perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini adalah taktik berlepas diri dengan meletakan kesalahan di bahu pemimpin lain.
“Dalam konteks ucapan Najib di Kedah misalnya, kenyataan beliau itu seolah menggambarkan kegagalan selama ini di bahu Menteri Besar BN.
“Sepatutnya Najib mengakui salah beliau, kerana beliau adalah menteri Umno sejak puluhan tahun, malah Najib kini mewarisi sistem Umno yang mengekalkan rasuah dalam pentadbirannya dan Najib sudah menjadi PM hampir tiga tahun,” ujarnya.
Oleh itu, beliau menasihati Najib bahawa rakyat sudahpun membuat pendirian dan yakin pengundi akan memastikan Umno BN tersungkur pada Pilihan Raya Umum akan datang.
sumber
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan