Home »
» Cinta Aiman, Izara disokong 4.5 juta orang
Cinta Aiman, Izara disokong 4.5 juta orang
Written By canang on Sabtu, 31 Mac 2012 | 3/31/2012 11:59:00 PG
SERBA salah Aiman apabila ada pihak mendakwa dia sudah mula besar kepala gara-gara namanya semakin dikenali kerana populariti drama bersiri Vanila Coklat.
Aiman Hakim Ridza Abdoh yang dicungkil bakatnya menerusi program realiti Mentor juga dikatakan sukar memberi kerjasama pada pihak media.
Meski kecewa dengan tuduhan yang tidak berasas itu, Aiman menjelaskan yang dia masih lagi Aiman yang dikenali sewaktu awal pembabitan.
"Tidak ada apa yang berubah pada diri Aiman. Nak kata Aiman sombong, jauh sekali. Cuma sekarang ini Aiman banyak mengejar masa kerana terikat dengan jadual lakonan.
"Disebabkan sibuk dengan penggambaran, Aiman tidak berani untuk membuat temu janji dengan pihak media. Nanti kalau sudah dibuat dan dibatal saat akhir, timbul cerita lain pula. Jadi biarlah Aiman betul-betul free barulah buat temujanji," katanya terus terang.
Mensyukuri apa yang diperoleh ketika ini Aiman berkata, sejak drama Vanila Coklat ditayangkan, orang mula membuka mata terhadapnya.
Aiman yang sibuk menjalani penggambaran drama Friday I'm In Love berkata, biarlah kehadirannya dalam bidang seni dinilai kerana bakat dan bukan kerana cerita sensasi.
"Tak mahulah orang ingat Aiman dalam bidang seni sebagai artis yang suka buat sensasi. Bangga tau, bila orang tegur dan tahu Aiman pelakon dalam Vanila Coklat.
"Rasanya itu lebih bagus daripada orang ingat kita kerana perkara yang tidak berasas. Aiman ingin muncul lebih banyak dalam drama yang boleh mengingatkan orang pada lakonan Aiman," katanya terus terang.
Izara malu
Jika menerusi Vanila Coklat, Izara Aishah dilihat begitu lantang berbicara tatkala bertengkar dengan Aiman namun di luar sifatnya berbeza.
Buktinya sewaktu tayangan episod akhir, Izara tersipu malu apabila penonton mengusiknya ketika adegan romantik tertera di layar.
"Izara memang pemalu. Apa yang dilihat di kaca tv adalah atas dasar kerja, lagipun Izara dapat sparing partner yang gila-gila... kerja jadi mudah.
"Lakonan kita akan nampak bersahaja kalau ada keserasian dan sepanjang penggambaran itu, Izara dan Aiman terus membina persahabatan," katanya terus terang.
Dia yang tampak seperti loving couple dengan Aiman berharap orang ramai tidak salah anggap keserasian mereka berdasarkan lakonan dalam Vanila Coklat.
Pemegang watak Zara itu berkata, antaranya dengan Aiman tidak ada perasaan cinta hingga di luar lokasi kerana mereka benar-benar ikhlas berkawan.
"Izara senang berkawan dengan Aiman kerana kami 'sekepala' dan boleh kutuk mengutuk antara satu sama lain. Kalau ada yang tidak puas hati, boleh cakap terus. Tidak main simpan dalam hati," katanya.
Menurut Izara, dia sudah ada teman istimewa dan menjadi prinsipnya tidak gemar bercerita hal peribadi berbanding kerjaya.
Katanya, jika cerita peribadi diuar-uarkan, dia takut hanya cerita itu yang menjadi perhatian orang berbanding lakonannya.
"Biarlah kisah cinta Izara menjadi privasi. Memang Izara sudah ada seseorang tapi dia bukan artis untuk ditonjolkan," kata peminat Shah Rukh Khan itu.
Meskipun Izara ini dilihat seorang yang ceria namun jauh disudut hati, dia adalah gadis yang sensitif dan boleh menangis demi Shah Rukh Khan atau Madhuri Dixit.
Untuk pengetahuan, Izara adalah peminat filem Bollywood terutama lakonan aktor itu dan Madhuri dalam filem Hum Tumhare Hain Sanam.
"Lakonan mereka amat berkesan dan kalau babak sedih, Izara boleh menangis biarpun sudah menonton filem itu berulang kali," ceritanya.
Benci tukar sayang
Daripa benci timbul sayang, adalah mukadimah kisah cinta antara Aiman Hakim Ridza Abdoh dan Izara Aishah, peneraju utama drama bersiri Vanila Coklat yang sudah berakhir pada 13 Mac lalu.
Episod akhir, drama arahan Emi Suffian Sabhe yang diterbitkan oleh Asia Media Content itu mampu meraih rating sehingga 4.5 juta penonton.
Pada malam itu juga sebelum tayangan para pelakon Vanila Coklat melayan kira-kira 15,047 pertanyaan daripada pelayar Internet selama sejam.
Melihat kepada sambutan yang diterima pada malam itu dapat dinilai bahawa selera penonton tempatan lebih cenderung ke arah kisah romantik komedi.
Selain genre romantik komedi, drama yang memaparkan percintaan 'tarik tali' antara hero dan heroin juga menjadi pilihan penonton, seperti drama Cinta Elysa yang turut meraih rating tinggi.
Bagi Aiman dan Izara, melihat secara langsung penonton yang fanatik terhadap watak yang mereka bawa itu merupakan satu pengalaman baru.
Malah bagi pemegang watak utama Vanila Coklat pencapaian tinggi rating yang diterima merupakan peluang keemasan terus mengukuhkan nama di bidang lakonan.
Dalam pada itu, Aiman mengaku bahawa dia tidak pernah berasa besar diri dengan kejayaan Vanila Coklat dan berharap di masa akan datang berpeluang melakonkan watak berbeza.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
HI , could you link my site?
and I will link yours the same,
thanks you
Catat Ulasan