Home »
» Garis Panduan Diperlukan Untuk Bezakan Bomoh Tulen Dan Palsu
Garis Panduan Diperlukan Untuk Bezakan Bomoh Tulen Dan Palsu
Written By canang on Khamis, 8 Mac 2012 | 3/08/2012 04:14:00 PTG
Tindakan tersebut perlu untuk memastikan segelintir bomoh tidak bertauliah tidak mencemarkan nama baik keseluruhan bomoh-bomoh yang lain,"
Kementerian Kesihatan digesa memperkenalkan garis panduan jelas yang dapat membezakan antara bomoh tulen dan palsu.
Garis panduan berkenaan haruslah dirumuskan segera bagi melindungi kepentingan pesakit-pesakit yang ingin mendapatkan khidmat bomoh yang tulen, kata Pengerusi Eksekutif Pusat Rawatan Yashfien Herbs Sdn Bhd, Datuk Engku Ansaruddin Agus.
"Tindakan tersebut perlu untuk memastikan segelintir bomoh tidak bertauliah tidak mencemarkan nama baik keseluruhan bomoh-bomoh yang lain," katanya dalam program "Dalam Radar" terbitan Bernama Radio24 semalam.
Engku Ansaruddin berkata Kementerian Kesihatan boleh bekerjasama dengan pihak berkuasa agama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk mengenal pasti identiti bomoh-bomoh yang dimaksudkan itu.
"Apa saya katakan ini adalah satu fakta yang perlu diketahui oleh masyarakat. Saya gesa kepada masyarakat agar tidak tersilap langkah dengan berjumpa bomoh-bomoh palsu," katanya.
Pengarah Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari, Kementerian Kesihatan, Dr Goh Cheng Soon, berkata sebarang amalan atau rawatan tradisional yang ingin dijadikan sebagai sebahagian daripada rawatan dalam sesebuah hospital kerajaan harus mempunyai bukti-bukti saintifik terlebih dahulu.
Beliau berkata pengamal-pengamal yang akan bertugas dalam unit perubatan tradisional itu perlu memiliki kelayakan tertentu yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan