Home » » Henti tayang cerita hantu kerana bertentangan dengan Islam

Henti tayang cerita hantu kerana bertentangan dengan Islam

Written By canang on Selasa, 20 Mac 2012 | 3/20/2012 08:52:00 PTG

KUALA LUMPUR 20 Mac — Tayangan filem, drama dan cerita yang berelemenkan hantu puaka dan jembalang pelesit harus dihentikan kerana ia bertentangan dengan ajaran Islam dan meracuni pemikiran anak-anak bangsa. Sasterawan Negara, Datuk Dr. Ahmad Kamal Abdullah atau lebih dikenali dengan nama penanya Kemala berkata, tindakan itu perlu kerana tayangan cerita sebegini hanya akan terus melemahkan akal budi bangsa, jati diri, ketahanan sahsiah serta ketahanan mental seseorang khususnya generasi muda. Katanya, drama atau cerita-cerita genre sedemikian sudah ketinggalan zaman dan tidak relevan lagi dalam konteks zaman moden kini. "Mengapakah drama-drama atau cerita kita harus terus dimasukkan dengan elemen hantu-hantu puaka? Tak usahlah meracuni pemikiran anak-anak bangsa kita dengan cerita-cerita sebegini. "Ke manakah hala tuju bangsa kita jika keadaan ini berlarutan? Semua ini akan disoal jawab oleh tuhan di akhirat nanti,” katanya. Kemala juga mencadangkan supaya pemimpin politik mengadakan pertemuan dengan Sasterawan negara bagi mengimarahkan peranan tokoh-tokoh sasterawan negara yang telah banyak berjasa kepada dunia kesusasteraan tanah air.— BERNAMA
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger