Home »
» Memorandum menggesa Palestin beri tekanan kepada Malaysia
Memorandum menggesa Palestin beri tekanan kepada Malaysia
Written By canang on Jumaat, 2 Mac 2012 | 3/02/2012 07:31:00 PTG
GABUNGAN NGO dan sayap parti-parti politik yang diketuai oleh Jingga 13 menyerahkan memorandum bersama kepada kedutaan Palestin Kuala Lumpur, di sini hari ini menggesa Kerajaan Palestin bersama-sama mereka untuk mengenakan tekanan terhadap Malaysia kerana menjalankan hubungan dagang dengan Regim Zionist Israel.
Gabungan itu menggesa Kerajaan Palestin, melalui kedutaannya di Malaysia untuk memberikan penekanan khusus terhadap kerajaan Malaysia pimpinan Barisan Nasional dan UMNO agar menghentikan hubungan dagang dengan Israel yang disifatkan mereka sebagai penyumbang "peluru" bagi membunuh rakyat Palestin yang tidak terbela.
Gabungan itu turut menyertakan bukti-bukti kemasukkan kapal-kapal dagang milik Israel ke pelabuhan negara yang disifatkan begitu mengguris hati majoriti umat Islam di negara ini. Fakta kemasukan kapal-kapal Israel itu disifatkan sebagai tidak dapat diterima dan cukup mengecewakan.
Gabungan NGO dan sayap parti-parti politik itu melahirkan semangat setiakawan dan kemanusiaan terhadap rakyat Palestin yang dizalimi berdekad-dekad lamanya oleh Regim haram Israel. Atas prinsip kemanusiaan gabungan itu menolak sebarang hubungan dagang, urusniaga dan lain-lain hubungan negara ini dengan regim Haram Israel.
source: http://milosuam.blogspot.com/2012/03/memorandum-menggesa-palestin-beri.html#ixzz1nxIEDYXh
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan