Home »
» Pas: Kalah PRU 2004 punca pindah pengundi secara senyap
Pas: Kalah PRU 2004 punca pindah pengundi secara senyap
Written By canang on Selasa, 20 Mac 2012 | 3/20/2012 06:54:00 PTG
KUALA TERENGGANU – Pengarah Pilihan Raya Pas Terengganu, Ariffin Deraman menganggap perpindahan pengundi tanpa kebenaran turut berlaku di negeri ini sebagaimana dakwaan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh berhubung perkara sama yang dikesan di Selangor ketika ini.
Walaupun tidak diketahui sejauh mana kebenaran tanggapan tersebut, Ariffin menganggap ‘permainan’ tersebut wujud sehingga membawa kemenangan besar Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2004.
Beliau bagaimanapun tidak menyalahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sebaliknya menuding kepada Umno dan BN yang dianggap mencetuskan ‘gerakan’ demi kepentingan parti.
“Di Terengganu, kita menganggap kekalahan pada 2004 adalah disebabkan berlakunya perpindahan pengundi secara senyap.
“Kita tidak tuduh SPR, tetapi mungkin ada gerakan oleh Umno dan SPR itu sudah menjadi tanggungjawab dia,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.
Beliau berkata demikian sebagai merujuk kes yang berlaku kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Samad dan sejumlah 31,294 pengundi yang dipindah tanpa kebenaran.
Khalid kini merupakan pengundi di kawasan Lembah Pantai dan bukannya di Parlimen Petaling Jaya Selatan sebagaimana pada PRU 2008.
Ariffin menganggap angka didedahkan itu terlalu besar dan menegaskan status perpindahan tersebut perlu diketahui pengundi.
Mengulas lanjut, Pas di negeri ini berusaha bersungguh-sungguh memastikan perpindahan pengundi yang meragukan tidak lagi berlaku di Terengganu.
Katanya, pihaknya akan meneliti kesemua nama untuk memastikan nama-nama pengundi yang dipamerkan SPR tidak diragui dan akan mengambil tindakan membuat bantahan sekiranya tidak berpuas hati.
“Sekarang pun ada berlaku dan kita ada buat bantahan tidak sebagaimana Umno yang tidak berbuat demikian. Namun, sejak akhir-akhir ini tidak banyak bantahan dibuat Pas dan keputusan ada kalanya memihak kepada kita,” katanya
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan