Home » » Pelakon dan penyanyi pop terima ugutan ugutan bunuh

Pelakon dan penyanyi pop terima ugutan ugutan bunuh

Written By canang on Isnin, 5 Mac 2012 | 3/05/2012 08:50:00 PG

Pelakon dan penyanyi pop, Miley Cyrus menggesa laman web Twitter mengambil tindakan berikutan ugutan bunuh yang diterimanya melalui akaunnya di laman web itu. Dalam akaun Twitter penyanyi itu, Cyrus meminta laman tersebut mengambil tindakan serius berikutan ugutan bunuh yang diterimanya itu dan memastikan persekitaran laman sembang itu selamat. "Saya tidak akan bertolak ansur apabila menerima ugutan bunuh, Saya rasa Twitter perlu bertanggungjawab dan memastikan persekitarannya selamat," kata Cyrus. Akaun Twitter milik Cyrus menunjukkan dia mempunyai sebanyak 5,009,903 pengikut sehingga pagi ini. Dalam pada itu, satu artikel berasingan di laman web teknologi, CNET menjelaskan bahawa Cyrus dikesan menerima ugutan bunuh dalam akaun Twitternya sejak kebelakangan ini. Mereka turut menganggap dasar Twitter terhadap ugutan bunuh adalah suatu perkara yang aneh. "Twitter memaklumkan akan menyiasat semua laporan ugut, namun mereka tidak akan bekerjasama secara aktif dengan pihak polis untuk melaporkan semua kejadian yang berlaku di laman tersebut," kata CNET. Jelasnya, Cyrus tidak lagi aktif menggunakan akaun Twitter sejak dua tahun lalu dan berpendapat laman web itu sendiri harus diharamkan. - AGENSI
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger