Home » » Rozita Che Wan Hendak Kahwin Dengan Datuk Punca Anak Lari

Rozita Che Wan Hendak Kahwin Dengan Datuk Punca Anak Lari

Written By canang on Rabu, 28 Mac 2012 | 3/28/2012 06:08:00 PTG

PETALING JAYA: Pelakon Rozita Che Wan hanya ketawa apabila timbul tuduhan anaknya, Aniq Ezra Azuar Effendy,14, lari dari rumah kerana merajuk selepas dia dikatakan membuat keputusan untuk menjadi isteri kepada seorang bergelar Datuk. Rozita,39, berkata, dia menganggap gosip terbaru itu sebagai sesuatu perkara lucu yang sering dilaluinya sejak menjadi seorang selebriti. “Haa... haa... kalau betul saya nak kahwin Datuk, mestilah anak saya suka. Datuk mestilah kaya,” jawab Rozita berseloroh kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Isnin. Pada 17 Mac lalu Rozita membuat laporan polis selepas anak keduanya itu didapati hilang dari rumah dan ditemui beberapa jam kemudian di rumah rakannya di Subang Jaya dekat sini tidak jauh dari rumah mereka. Semasa memberi keterangan kepada pihak polis, Aniq Ezra dikatakan merajuk kerana berkecil hati dengan sikap Rozita yang dilihat terlalu melebih-lebihkan abangya iaitu Ammar Effendi yang berusia 15 tahun. Rozita menambah dia tidak ambil pusing dengan gosip itu kerana tuduhan tersebut dianggapnya sebagai sesuatu perkara yang remeh. Kata Rozita sebelum ini dia pernah dikaitkan mempunyai hubungan dengan individu dan VIP tertentu tetapi perkara tersebut ternyata tidak benar. Malah dia juga turut menghadapi tuduhan kerana dikatakan meletakkan bayaran tinggi untuk sesebuah tawaran berlakon selain isu persaraannya dalam dunia seni yang ditarik balik. “Saya sudah melalui macam-macam kontroversi tetapi itu semua tidak menjejaskan kedudukan saya pun. Sama juga dengan isu terbaru ini (kahwin Datuk),” katanya. Dalam pada itu ditanya mengenai sebuah ruangan pojok dalam akhbar mingguan Ahad lalu memuji kelangsingannya Rozita berkata, dia menjaga kesihatan untuk memastikan tubuh badan menjadi sihat. Selain menikmati nasi hanya dua kali sehari, Rozita juga aktif bersukan dan sering bermain futsal serta badminton setiap kali mempunyai kelapangan. “Saya elak mengambil minuman bergas kerana takut perut buncit. Saya pun kuat juga bersukan. Kalau balik rumah pukul 12 malam, saya pergi main futsal dulu sampai pukul 2 pagi. Lepas tu baru tidur,” jelasnya. Mengenai perancangan yang dilakukan selepas tersenarai antara lima terbaik dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011), Rozita memberitahu dia menyerahkan kepada peminat untuk membuat pilihan. Bagaimanapun dia sudah menyiapkan pakaian rekaan Riezman Ruzaini untuk digayakan pada majlis tersebut di Genting Highlands pada 8 April depan. “Saya bersaing dengan mereka yang mempunyai nama kuat dalam industri seperti Fasha Sandha, Tiz Zaqyah, Scha Al-Yahya dan Nora Danish. Dalam hal ini biarlah peminat yang menentukannya,” jelas Rozita. Tambahnya, sehari selepas acara itu dia bersama keluarga termasuk Lan Pet Pet dan Ayu Raudhah akan berangkat ke Switzerland dan beberapa buah negara lain untuk bercuti selama dua minggu
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger